Daulat Tuanku.... Pertikaman lidah antara Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya belum surut, apabila baginda hari ini mengkritik pemimpin luar yang “sudah berlalu zamannya” cuba memecahbelahkan rakyat negeri itu.
Walaupun tidak menyebut nama bekas perdana menteri itu secara khusus, ucapan Sultan Ibrahim jelas membayangkan pemimpin yang disasarkannya.
Dalam ucapan sempena perasmian Galeri Darurat Bukit Kepong di Muar hari ini, Sultan Ibrahim berpesan ahli politik dari luar Johor tidak perlu tunjuk pandai, memberitahu apa yang perlu dilakukan rakyat negeri itu, yang sekian lama hidup selesa dan aman.
“Mungkin orang luar ini lupa zamannya sudah berlalu. Dahulu dia menyindir orang Melayu sebagai bangsa mudah lupa, namun hari ini dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya.
“Dulu dia kata pembangkang musuh ketat, tapi sekarang sudah boleh duduk semeja dan menjadi kawan rapat. Dulu dia kata media Barat suka buat cerita, tapi sekarang cerita media Barat dikatanya fakta.
“Jika dia bukan pelupa, mungkin ada sedikit nyanyuk akibat faktor usia,” kata Sultan Ibrahim.
Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum ini lantang mengkritik pelbagai projek berkaitan syarikat China di Johor, terutama Forest City di Iskandar Malaysia.
Mahathir mendakwa projek tersebut untuk warga China, dengan 700,000 penduduk negara itu bakal berhijrah dan mungkin diberi kewarganegaraan jika tinggal lama di sana.
Sultan Ibrahim pernah meluahkan rasa “tersinggung dan terluka” dengan dakwaan tersebut dan menyifatkan Dr Mahathir memainkan “politik ketakutan dan perkauman”.
Dalam ucapannya, Sultan Ibrahim berkata akan terus mempertahankan kedaulatan negerinya.
“Saya harap rakyat bersama saya….Dari kecil saya dididik untuk menjaga Johor. Saya tahu apa yang terbaik untuk negeri saya, dan tidak akan menganiaya rakyat saya sendiri,” katanya lagi.
Malas nak komen secara jujur. Nanti kena tangkap dgn mcmc.
BalasPadamSupaya kita tak lupa sejarah:
BalasPadamhttps://jebatmustdie.wordpress.com/2017/02/15/sejarah-bagaimana-orang-orang-melayu-menyelamatkan-raja-mereka/