Nuffnang

LULUS : "Tinted" Cermin Kenderaan Bukan Aksesori Tetapi Keperluan


Ini baru betul. Penggunaan filem penapis haba kenderaan kini tidak lagi dilihat sebagai aksesori tambahan, sebaliknya lebih kepada keperluan pemilik kenderaan untuk mengurangkan kepanasan ketika memandu.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau berkata, berikutan itu, kementerian melalui Jabatan Standard Malaysia sudah meluluskan sembilan Standard Malaysia (MS) baharu termasuk berkaitan filem penapis haba.

Katanya, ia bagi memberi panduan kepada pihak industri dan orang awam berkenaan spesifikasi yang menepati spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Menerusi standard ini, orang ramai akan lebih mudah memahami spesifikasi yang ditetapkan JPJ dan mengurangkan kekeliruan antara penjual filem berkenaan dengan pemilik kenderaan.

“Ia turut memberi panduan kepada individu yang membawa masuk kenderaan import ke dalam negara khususnya bagi kenderaan yang menggunakan cermin gelap,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Madius berkata, MS itu menyokong Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000 di bawah JPJ untuk membantu mengawal selia dan mentadbir piawaian keselamatan kenderaan bermotor dengan cekap serta berintegriti.

Katanya, ia juga bagi memenuhi keperluan pengguna, alam sekitar serta industri automotif negara.

Sehingga kini terdapat sebanyak 5,211 MS yang merentasi pelbagai sektor industri yang dibangunkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Jabatan Standard Malaysia.-HM.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top