Nuffnang

KOTOR DAN SIJIL HALAL TIDAK SAH : Kilang telur Masin Diarah Tutup!!!


Jijik dan menjelikkan. Demikian gambaran dua kilang memproses telur masin di sini sewaktu diserbu 40 anggota Jabatan Kesihatan Negeri Perak bersama beberapa pegawai Jakim, KPDNKK cawangan Parit Buntar, Majlis Daerah Kerian (MDK) dan Pejabat Kesihatan Daerah Kerian (PKD) pagi tadi.

Dengan kegagalan penyediaan peralatan kilang bersih, lantai premis berulat, telur tidak dicuci sebelum diproses dan tempat penyimpanan tanah liat terdedah kepada serangga dan bakteria membuatkan Jabatan Kesihatan Negeri Perak bertindak menyita ratusan produk telur masin dari kedua-dua kilang itu.

Exco Kesihatan, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pihaknya dengan kerjasama KPDNKK cawangan Parit Buntar bertindak menutup kedua-dua premis itu serta-merta selama 14 hari bermula semalam bagi memastikan pengurusan kilang mematuhi piawaian tahap kebersihan ditetapkan.


Lebih mengejutkan, Hang Soon turut mendedahkan produk dikeluarkan salah satu kilang ini disahkan menggunakan penandaan logo halal tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPK).
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top