Nuffnang

CAMPURTANGAN URUSAN AGAMA : NGO Desak Suruhanjaya Diraja!!!


Kenyataan Media
13 Februari 2017

PENCEROBOHAN KE ATAS AGAMA ISLAM DAN KUASA MUTLAK YANG DI-PERTUAN AGONG.



1) Setelah meneliti jawapan yang dikemukakan oleh pihak ahli majlis mesyuarat kerajaan Dap Pulau Pinang yang telah disiarkan oleh sebuah portal pro Dap baru-baru ini. Ahli exco berkenaan telah membuat kenyataan yang membuktikan memang ada pencerobohan ke atas kuasa YDPA dan agama Islam dalam isu pemfatwaan di negeri Pulau Pinang.

2) Setelah Ketua Menteri yang bongkak dan anti Islam pula mengumumkan saman ke atas beberapa buah akhbar berkaitan isu pemfatwaan ini.

3) Setelah saya sendiri membuat siasatan terhadap kebenaran isu ini, saya mengharapkan agar pihak Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhamad Ke 5, mengambil tindakan dengan seberapa segera.

4) Satu pencerobohan besar telah dilakukan oleh kerajaan Dap Pulau Pinang ke atas agama Islam dan kuasa mutlak YDPA kerana mencampuri urusan fatwa lebih-lebih lagi apabila ianya telah ditandatangani pihak YDPA. Ini adalah satu pencerobohan kuasa ke atas agama Islam yang tidak dapat dimaafkan.

5) Saya mendesak pihak YDPA atau pihak JAKIM agar menubuhkan sebuah Suruhanjaya diRaja untuk menyiasat tentang pencerobohan yang sangat biadab ini. Dikhuatiri pencerobohan yang berleluasa telah berlaku sebelum ini ke atas semua fatwa-fatwa dari Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

6) Saya menyatakan desakkan ini agar pencerobohan ini tidak terus dipolitikkan oleh pihak Dap yang terang-terangan biadab serta menceroboh urusan agama Islam yang merupakan kuasa mutlak YDPA seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

7) Saya juga mencadangkan juga agar pihak YDPA atau JAKIM mengemukakan permohonan semakan dari sudut perundangan kepada Mahkamah Persekutuan bagi menamatkan putar belit yang sedang dimainkan oleh ketua menteri serta exco kerajaan Dap Pulau Pinang.

8) Semua cadangan dan pandangan yang saya kemukakan ini adalah untuk memastikan agar tiada pencerobohan ke atas agama Islam akan berlaku lagi selepas ini samada di negeri Pulau Pinang atau negeri-negeri Selat yang lain yang berada di bawah kuasa mutlak Yang DiPertuan Agong selaku ketua agama Islam.

Sekian.

Wassalam.

MOHAMED HAFIZ MOHAMED NORDIN

-Timbalan Presiden Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang.(GABUNGAN)
-Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang.(JMPP)
-Exco Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam(PEMBELA)
-Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top