Nuffnang

PERGUNA HUDUD : Nik Abduh Perli MAZA Dengan Muatnaik Video Ceramah Bapanya?


“Semua orang alim didengar hujahnya. Tetapi kadang-kadang, agar kita tidak lemah dan ragu-ragu, kita juga harus mendengar orang alim menasihati orang alim yang lain” kata Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.


Beliau berkata demikian sambil menyiarkan satu video ceramah oleh bekas Mursyidul Am PAS yang juga bapanya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa hayatnya mengenai hukum hudud di akaun Facebooknya semalam.

Menurut beliau, kadang-kadang hujah orang alim ke atas orang alim seperti yang terkandung di dalam video itu keras, tetapi ia bertunjang pada keyakinan yang tinggi kepada Allah S.W.T dan syariat-Nya.

“Itu aksi si mamak penjual rempah, kata tok guru. Orang dah masuk padang dah. Kita masih dok riuh minta perlawanan ditangguhkan sebab tandas masih kotor..,” ujar Nik Mohamad Abduh.

Dalam ceramah itu, Nik Abdul Aziz semasa masih hidup menyelar golongan akademik atau pensyarah agama yang menentang pelaksanaan hudud kerana beranggapan hudud tidak boleh dilaksanakan dalam dunia moden.

Pada beliau, golongan akademik berkenaan ibarat mamak penjual rempah yang memiliki semua jenis rempah tapi tidak tahu untuk memasaknya.

Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh berkata, tuntutan semasa paling utama umat Islam masa kini ialah kesatuan dan keyakinan untuk kembali kepada penyelesaian agama.

“Bukan lagi sekadar menunjuk ilmu dan pendapat peribadi yang kesan semasanya adalah mencipta keraguan dan ketakutan kepada pelaksanaan syariah Islam,” ujarnya.

Beliau dipercayai menujukan rakaman video ceramah itu kepada Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang mengecam parti politik memperjuangkan pelaksanaan undang-undang hudud.


Mohd. Asri baru-baru ini mendakwa berasa dukacita kerana dalam dunia umat Islam ada golongan yang tidak dapat melihat Islam melainkan asyik tertumpu kepada isu hudud.

Beliau berkata, golongan berkenaan mempolitikkan agama dan menjadikan akidah umat Islam sebagai taruhan politik.

“Yang mengelirukan ialah ketika anda berbaik dengan parti tertentu anda memberi seribu dalil kelebihan parti-parti tersebut. Kemudian apabila anda bertelagah anda menjadikan mereka munafik, keluar jamaah Islam mati jahiliah, musuh Islam dan sebagainya.

“Yang mengelirukan itu ialah apabila ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan. Kemudian anda menyatakan sesat, liberal ataupun anti-Islam sesiapa yang mengungkapkan hal yang sama,” kata Mohd. Asri. – SUMBER
Share this article

2 Komen:

  1. Maza tu bukannya bijak sangat. Pasal qunut subuh bolehlah.

    BalasPadam
  2. Orang Alim TG Lah pun menegur juga Nik Aziz .......cukuplah siarkan kisah ATGNA kerana beliau juga manusia ....ada kelemahan, ada kesalahan.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top