Nuffnang

AMEKKAU!!! Tian Chua Disabitkan Bersalah Kerana Menghasut!!!


Ahli Parlimen Batu Tian Chua didapati bersalah menghasut oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Zulqarnian Hassan menjatuhkan hukuman 3 bulan penjara dan denda RM1,800, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan tuduhan terhadap ahli parlimen Batu itu.

Tian Chua didakwa melakukan kesalahan itu tiga tahun lalu.

“Melihat kepada fakta kes saya berpuas hati tertuduh telah mengeluarkan kenyataan berniat menghasut,” katanya.

Zulqarnain juga secara khusus merujuk perkataan “bangkit” dan “turun ke jalan raya” diucap Tian Chua pada sebuah forum bersifat menghasut.

Bagaimanapun, mahkamah belum menjatuhkan hukuman ke atasnya.

Tian Chua, yang diwakili peguam N. Surendran dan Latheefa Koya, didakwa mengeluarkan ucapan bebaur hasutan mengajak orang ramai turun ke jalan raya bagi membantah kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) mengeluarkan ucapan itu pada sebuah program di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei 2013, seminggu selepas PRU ke-13.

Ia boleh membawa kepada denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga 5 tahun.

Jika Tian Chua didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun secara automatik beliau akan digugurkan sebagai ahli parlimen.

Beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis lain sebelum ini turut didakwa menghasut pada program sama, termasuk Hishamudin Rais, Adam Adli, Safwan Anang, Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara terhadap Safwan, yang juga pengerusi Solidariti Mahasisiwa Malaysia (SMM).

Hukuman itu kemudian diubah kepada denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi.

Pendakwa raya bagaimanapun mahu Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen.

Kes Safwan ditangguh Julai lalu bagi memberikan Mahkamah Rayuan peluang meneliti kes.

Share this article

3 Komen:

  1. Alahai ciput jer...hukumannya...kalau kena rotan ke... Kena bayar juta juta denda ke...tobat lahum puak yang Menghasut ni... Kita tunggu pula marina si bersih tu pulak...tu cina mualaf tp mcm gaya tak Mualaf pun.. Mcm masih cina kafir lagi...

    BalasPadam
  2. aik? sendiri post, sendiri komen? (aku tak baca pun, cuma nak tengok bhgn komen je..rasanya blogger syok sendiri kot...takde target pembaca) TQ

    BalasPadam
  3. Bila masa admin post admin komen...kelakarlah...yang komen tu aku...aku bukan admin...admin boleh tahu...cuma aku tak beri nama betul...kau fitnah admin...gasak kau tanggung dosa kering hari ni aku ni yang komen 3.19 pm tadi...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top