Nuffnang

VIDEO : Aura Mahathir Semakin Suram Di Kota London


Umum mengetahui, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang yang sentiasa mempunyai keupayaan dan kecergasan yang baik setiap kali beliau menghadiri apa jua program yang melibatkannya. Pada usia 92 tahun, beliau masih aktif berpolitik walaupun hari ini, beliau bertindak menghentam kerajaan menerusi gerakan mahu menjatuhkan kerajaan dan Datuk Seri Mohd Najib.

Beliau boleh berada di dua atau tiga kawasan pada satu hari hanya kerana nafsunya untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib. Malah, beliau mampu berucap antara 30 minit sehingga sejam bagi menyampaikan deretan penipuan dan dakwaan kosong beliau kepada para pengikutnya.

ada 20 September lalu, beliau bersama gerombolannya berangkat ke Kota London untuk menghasut rakyat Malaysia disana pula. Dalam satu ucapan beliau di London, 21 September lepas, ramai yang kecewa melihat ucapan yang dilakukan oleh Mahathir terlalu hambar dan tidak mencerminkan apa yang diharapkan olehnya berlaku di Malaysia.

Ramai yang menyatakan, ucapan Mahathir hanyalah ulangan skrip lama yang disebut secara berulang-ulang. Malah ada antara ucapannya, boleh didengar dan dilihat dilaman perkongsian video, Youtube, kerana apa yang disampaikan adalah perkara yang sama dan tiada perkara baru.

Ramai yang menjangkakan, kehadiran Mahathir bakal menyajikan suatu perkara yang baru untuk didengar oleh rakyat Malaysia di London. Namun, apa yang disajikan menampakkan Mahathir seolah-olah lembik, longlai dan tidak bermaya untuk meyakinkan semua hadirin yang hadir, supaya menolak kerajaan.

Pihak penganjur mendakwa, antara sebab majlis yang dihadiri Mahathir di London ini hambar kerana kualiti soalan yang dikemukan kepada Mahathir. Namun, menurut sumber, hadirin yang hadir sebenarnya muak dengan ulasan ddan tuduhan yang sama yang mereka sifatkan sebagai fitnah yang sengaja dipanjangkan.

Menurut sumber ini lagi, sepatutnya, Mahathir menerangkan apa tujuannya melakukan pemberontakan politik di Malaysia sehingga tertubuhnya Pribumi, supaya mereka yang hadir faham apa yang sebenarnya berlaku. Ini tidak, sebaik mencapai microphone, antara perkara awal yang dinyatakan Mahathir adalah, kerajaan diselubungi dengan isu rasuah, isu 1MDB, isu MO1 dan pelbagai isu yang sentiasa diulangi oleh Mahathir.

Mereka mahu tahu, apa visi dan harapan masa depan Pribumi dan Mahathir setelah berjaya menumbangkan Datuk Seri Mohd Najib. Bagi mereka yang mengagumi Mahathir, mungkin mereka merasakan ceramah yang diberikan Mahathir berjaya. Namun, rakyat Malaysia di London bukan mudah untuk diperbodohkan Mahathir. Mereka tahu dimana untuk mencari maklumat sahih berhubung satu-satu tuduhan yang dilemparkan


Satu perkataan merumuskan syarahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di kota London pada 21 September lalu – ‘menyedihkan’.

Tidak ada yang terlalu menghentam, meskipun masa depan negara yang menjadi pertaruhan.

Rakyat Malaysia yang datang hanya mahu mendengar satu perkara dari mulut Mahathir – harapannya – namun terlalu sedikit yang diperkatakannya. Syarahannya meliputi banyak perkara, namun tidak ada yang baru.

Sesi itu tidak mencerminkan keupayaan atau standard tinggi Mahathir seperti lazimnya. Untuk berlaku adil, ia bukan salah Mahathir. Beliau seperti biasa, tangkas, cekap dan bersahaja. Staminanya ibarat orang yang 30 tahun lebih muda daripada dirinya.

Kelesuan berpunca daripada kualiti soalan yang diajukan. Peserta tidak mencabar dan tidak mengemukakan soalan yang sukar mahupun tajam.

Analogi acara Mahathir di London adalah mudah. Rakyat Malaysia yang menjangkakan hidangan masakan rumah yang enak terpaksa berpuas hati dengan sandwic malam semalam. Rotinya kering dan lembik. Tidak menarik, tidak sedap.

Adakah budaya Asia bagi menghormati golongan berusia membantutkan hasrat rakyat Malaysia daripada mengasaknya di depan khalayak dengan soalan-soalan berhubung pembahruan negara ini yang mahu diperkenalkannya? - SUMBER
Share this article

6 Komen:

  1. Masih ada tarikan walaupun selepas 12 tahun meninggalkan jawatan pm. Kalau Najib 12 tahun akan datang mungkin kena baling telor busuk kot.Sekarang ni pun jika dia buat lawatan akan ada penunjuk perasaan kt seberang jalan.

    BalasPadam
  2. Kesian...makin tua, makin bersungguh sungguh mengumpul dosa. Harap2 si kerala tua tu ada meluangkan masa jengok2 Masjid di London. Jangan sekadar menyambut Xmas dengan anak betina si mareeeena terlajak gereja tu.

    BalasPadam
  3. Tun Dr. Mahathir dengan selamba dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan kepadanya, berani berhadapan dengan para peserta dari luar negara, inilah kualiti pemimpin yang diperlukan oleh negara ini.

    BalasPadam
  4. Anon 1.02
    Duduk sepanjang masa kat masjid pun kalau hidup menipu makan rasuah dan hati tak ikhlas pun tak guna juga sebab belum tentu amalan tu diterima Allah.

    BalasPadam
  5. Yer..ke...tapi lebih baik dari ke hulu ke hilir menjaja fitnah...suruh beri bukti senyap jer...kan kan kan.....duduk masjid dapat ingatkan kita tentang dosa pahala...takut dosa fitnahkan.... Orang....dan amalan kita ikhlas ke tidak ke hanya Allah yang bokeh tentukan...so kau sapa ... Klau betul rasuah ada bukti eri kerjasama pada polis atau paling berkesan setiap malam kau bangun solat tahajud... Mohon pada Allah agar Najib jatuh sbb dia samun duit kau...ok....aku...duit aku ok jer...orang biasa mana ada duit juta2...see o Najib tak samun aku...mcm kau kesian..mesti dah tak berbaju sbb Najib dah samun duit kau...kesian kau...kau kerja apa yer sampai Najib tipu duit kau....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top