Nuffnang

VIDEO : Kempen Parti Baru Mahathir Dihalau Di Langkawi!!


Desas-desus yang mengatakan bekas Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir bakal bertanding di kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dikatakan semakin menjadi realiti.
Ia adalah berdasarkan kempen keahlian parti baru itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedang giat dijalankan oleh pemimpin wanita parti berkenaan, Anina Saadudin, di pulau pelancongan tersebut.

Selain promosi mendaftar keahlian secara online, PPBM di Langkawi turut menggunakan pendekatan kempen di pasar-pasar malam di sana.

Walau bagaimanapun, sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook menjelaskan tindakan kempen keahlian di pasar malam itu adalah tidak dibenarkan pihak berkuasa ekoran bersalahan dari tujuan pasar malam berkenaan diadakan.

Video berdurasi 5.30 minit itu memaparkan gerai yang didirikan PPBM di satu tapak pasar malam di Langkawi telah didatangi beberapa lelaki yang dipercayai penguatkuasa Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) dan meminta supaya gerai tersebut ditutup.

Namun begitu, tiada sebarang kekecohan berlaku dalam insiden tersebut dan pihak PPBM dilihat menutup gerai kempen berkenaan tanpa bantahan lanjut.

Difahamkan bahawa berkempen politik di pasar malam adalah dilarang dan menyalahi undang-undang yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) tanpa mengira parti mana sekalipun yang terlibat.

Namun begitu, beberapa komen yang di kalangan penyokong PPBM di media sosial tidak faham dengan peraturan berkenaan dan menuduh tindakan penguatkuasa MPLBP sebagai "pengacau".

"Daftar borang parti yang sah pun kena kacau. Kalau parti yang lagi satu nak buka meja juga pun, buka la. Tak perlu nak ganggu orang," tulis salah seorang dari mereka yang berkongsi video berkenaan di laman Facebooknya.

Bekas Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Mahathir dikatakan tidak pernah menganjur sebarang kempen keahlian UMNO semasa beliau masih menjawat jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri selama 3 tahun di Kedah. -Kedahnews.com
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top