Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

VIDEO : PANASSS!!! Cabaran MB Kedah Buat Mukhriz


"You're welcome.. you're welcome... Dia nak bertanding di mana? Kalau dia nak bertanding di Parlimen Jerlun, you're welcome... nak bertanding Dun yang sekarang ni, dia nak jadi Menteri Besar, you're welcome".

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dialu-alukan untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri di Kedah, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ahmad Bashah menegaskan bahawa Mukhriz berhak menentukan di mana saja yang beliau suka untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti dan 

"Kalau dia tak confident, dia nak pi dok dekat Kubang Pasu tempat pak dia dok 22 tahun, you're welcome to Kubang Pasu... no harm," katanya menegaskan pendirian beliau yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri di sini, petang tadi.

Ahmad Bashah berkata, bekas Menteri Besar itu berhak memilih mana-mana kerusi untuk ditandingi meskipun memilih untuk menentangnya di Dun Bakar Bata.

Pendirian tersebut turut disokong padu oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Suraya Yaakob yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pendang yang menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak gentar dengan kelibat Mukhriz di Kedah.

"Betul.. betul.. mana-mana tempat yang dia suka, kita bukannya ada kuasa nak halang," kata Suraya menyokong penuh pendirian Ahmad Bashah yang hadir dalam program Bicara Santai Wanita Bersama Menteri Besar Kedah yang diadakan bersempena Sambutan Hari Wanita Kebangsaan @ Kedah dan Karnival Perwani di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di sini, hari ini. 

Mukhriz hari ini menafikan spekulasi yang mengatakan beliau akan bertanding di Putrajaya, sebaliknya mengatakan akan bertanding di kerusi Parlimen atau Dun di negeri Kedah, namun tidak mendedahkan kawasan mana yang bakal ditandingi pada PRU ke-14 nanti.

Spekulasi yang tercetus mengatakan Mukhriz berkemungkinan bakal bertanding di kerusi Parlimen Jerlun, Kubang Pasu atau Langkawi, dan akan cuba mengekalkan kedudukan Adun Ayer Hitam dengan bertanding di Dun tersebut. -Kedahnews.com

Share this article

2 Komen:

  1. Kami Rakyat Kedah.
    Rasa menyampah dengan politik.
    MB kami sakit seluloi.
    MB kami meracau kot kerana banyak makan ubat tahan sakit.
    MB kami tak sihat, maknanya Sakit laa...
    MB kami bercakap macam kurang cerdik.
    Kami kesian dengan MB kami.

    BalasPadam
  2. Hello, nama saya Julia Simon, mangsa penipuan di tangan peminjam palsu. saya telah kehilangan kira-kira $ 40,000 USD kerana saya memerlukan modal yang besar sebanyak $ 100,000USD. i hampir meninggal dunia, saya tidak mempunyai tempat untuk pergi. perniagaan saya telah dimusnahkan, dan dalam proses itu saya kehilangan anak saya. i tidak boleh berdiri ini berlaku lagi. pada Mac 2016, saya bertemu dengan seorang rakan yang memperkenalkan saya kepada seorang ibu yang baik, Puan Julia Simon, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman di sebuah syarikat. ibu yang baik saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan Allah terus memberkati anda. i juga suka menggunakan kesempatan ini untuk menasihati rakan-rakan Malaysia, bahawa terdapat banyak penipu di luar sana, jadi jika anda memerlukan pinjaman, dan ingin mendapatkan pinjaman yang cepat, hanya mendaftar melalui Puan Julia Simon melalui e-mel: (juliasimon460@gmail.com ). anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel ini: (augustaibramhim11@gmail.com). jika anda mempunyai sebarang keraguan. sila dia adalah satu-satunya orang yang boleh dipercayai dan boleh dipercayai.
    Terima kasih.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top