Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PERKENAN AGONG : Gagalnya Si "Diktator" Mahathir!!!


Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui tidak dapat meyakinkan Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah supaya Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai perdana menteri selepas mengadakan pertemuan pada 15 September lalu.
“Agong ajukan soalan kepada saya tentang peruntukan undang-undang dan perkara lain, saya jelaskan tetapi di akhir perbincangan saya tidak dapat yakinkan baginda untuk bertindak (supaya Najib meletak jawatan,” katanya pada sidang medianya di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Pada 15 September lalu, Dr Mahathir menghadap Tuanku Abdul Halim bagi menyerahkan 1.4 juta tandatangan mendesak Najib meletak jawatan.

Dr Mahathir berkata Tuanku Abdul Halim mengetahui niat sebenar perjumpaan itu dan berkata langkah yang diambilnya tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Apa yang kami inginkan tidak boleh diteruskan, kenapa saya tidak boleh beritahu. Mungkin sebab Agong fikir baginda tidak ada kuasa. Tapi kami tunjukkan baginda ada kuasa,” katanya.

Beliau berkata, Tuanku Abdul Halim juga tidak menyatakan langkah Deklarasi Rakyat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya terangkan kepada Agong, kita sepatutnya mengadakan undi tidak percaya tapi dia (Najib) ada majoriti, jadi kami tidak boleh kemukakan undi tidak percaya,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau mengutus sepucuk surat kepada Majlis Raja-raja bagi mempertimbangkan langkah Deklarasi Rakyat kerana Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-242 akan diadakan pada 11 Oktober.

“Kita akan tunggu sehingga mereka (Majlis Raja-raja) buat keputusan. Selepas itu kita akan fikir tentang apa yang akan kita uruskan dalam meneruskan usaha kita untuk singkirkan kerajaan Najib,” katanya.

Deklarasi Tidak Ikut Perlembagaan

Yang di-Pertuan Agong berkata deklarasi menuntut penyingkiran Perdana Menteri yang diserahkan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini tidak mengikut Perlembagaan, maka baginda tidak mahu terbabit.

Datuk Seri Najib Razak berkata Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menjelaskan perkara itu kepada Dr Mahathir dalam pertemuan di Istana Anak Bukit, Alor Setar 15 September lalu.

“Dalam pertemuan itu, baginda mengambil maklum perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir.

“Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong turut menjelaskan kepada Tun Dr Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri urusan yang dibuat oleh PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia).

“Ini kerana deklarasi yang dibuat oleh PPBM adalah tidak mengikut Perlembagaan. Sebarang tindakan sepatutnya diuruskan menurut amalan lazim iaitu melalui Parlimen dan sistem pilihan raya,” lapor Najib dalam satu kenyataan malam tadi.

Terdahulu, Dr Mahathir menghadap Agong untuk menyerahkan dokumen Deklarasi Rakyat yang mengandungi 1.4 juta tandatangan yang mahu Najib meletak jawatan.

Pengiring Mahathir, Khairuddin Abu Hassan berkata pertemuan antara baginda dan bekas perdana menteri itu berlangsung lebih satu jam.

Deklarasi Rakyat dilancarkan Dr Mahathir bersama 40 tokoh masyarakat lain pada Mac tahun ini. Dokumen itu ditepis pimpinan BN sebagai sia-sia.
Share this article

2 Komen:

  1. admin

    cak pong cak pong

    BalasPadam
  2. Ikut perlembagaan atau tidak itu perkara kedua. Yg pentingnya objektif Kantoi

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top