Nuffnang

KAH KAH KAH!!! Dr Azizan Osman Kantoi Lagi!!!!


Kini, University of Hertfordshire di United Kingdom pula menafikan ada memberi Azizan Osman ijazah doktor falsafah dalam psikologi seperti didakwa penceramah motivasi itu.

“Merujuk kepada permintaan anda untuk mengesahkan ijazah di atas, saya mengesahkan selepas pencarian terperinci dalam rekod, kami tidak dapat menemui sebarang ijazah atau maklumat individu berkenaan,” kata penolong pendaftar di universiti British itu, Anne Austin.

Pengesahan menerusi surat itu kini tersebar di Internet.

“Saya mengesahkan anugerah itu tidak dikeluarkan University of Hertfordshire dan kami percaya maklumat ini satu penipuan,” kata Austin dalam surat itu.

Kesahihan surat itu turut disahkan universiti berkenaan menerusi laman Twitter, selepas pengguna Twitter @JumatAzri melampirkan sekeping gambar dan bertanya kepada @UniofHerts adakah kenyataan itu memang daripada mereka.

Universiti itu membalasnya dan berkata:”Saya boleh sahkan surat itu tulen.”

Azizan, dalam satu kenyataan semalam menerusi syarikatnya Richworks, mendakwa sepanjang 4 tahun lalu, beliau memenuhi semua syarat untuk doktor falsafah (Psikologi) dari University of Hertfordshire, United Kingdom.

“Konvokesyen beliau di University of Hertfordshire akan diadakan tidak lama lagi,” menurut kenyataan Richworks.

Dengan “kehilangan” kelayakan daripada 4 universiti dalam tempoh 2 minggu, Azizan kini hanya mempunyai “Doktor Sains (Metafizik)” dari Gordon University di Florida.

Penghujung bulan lalu, 3 universiti di Malaysia menafikan menganugerahkan ijazah kedoktoran kepada Azizan.

Universiti Malaya (UM) yang pertama tampil dengan penafian itu, diikuti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).

Dalam kenyataan semalam, Richworks berkata Azizan menjadi “sasaran dan terpedaya” oleh pihak yang bukan wakil universiti itu.

Richworks mengeluarkan kenyataan itu selepas penafian UM dimuat naik di Facebook rasmi universiti itu dan media sosial lain.

Syarikat itu juga mendakwa semasa proses siasatan dalaman yang dijalankan pihaknya, beberapa kelemahan serius berkenaan prosedur operasi mereka dikenal pasti.

“Malangnya kelemahan ini menyebabkan penggunaan ijazah kedoktoran dari UIKL dan UKM sebagai rujukan kepada Dr Azizan Osman yang tidak pernah beliau akui,” katanya.

Azizan mengendalikan kursus motivasi yang berkaitan dengan memulakan perniagaan dan mempunyai ramai pengikut dalam negara, termasuk beberapa selebriti.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top