Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

RASUAH : Ini Sebabnya Guan Eng Harus Bercuti!!!


GEORGE TOWN – Berdasarkan prinsip kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Cekap, Amanah dan Telus (CAT), Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa di mahkamah semalam seharusnya mengambil cuti daripada pentadbiran kerajaan negeri.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata sebagai kerajaan yang memperjuang CAT, Lim sepatutnya lebih memahami bahawa kes beliau belum selesai walaupun mahkamah membenarkan ikat jamin.

“Jadi sebagai seorang yang bermoral dan mempunyai sikap akauntabiliti, Lim harus melepaskan jawatannya atau bercuti sehingga namanya bersih daripada sebarang tuduhan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun Lim bukan seorang penjawat awam yang dilantik melalui Jabatan Perkhidmatan Awam yang tertakluk kepada Perintah Am, Lim harus faham bahawa pertuduhan itu dibuat berasaskan kedudukannya sebagai seorang penjawat awam selepas siasatan dijalankan.

Jahara yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Ayer Tawar berkata beliau percaya Lim akan mempunyai ruang dan peluang yang sepenuhnya untuk membuat pembelaan di mahkamah.

“Bagaimana pentadbiran kerajaan dapat berjalan lancar sekiranya ketuanya dibayangi tuduhan penyelewengan,” katanya.

Lim, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Bagi tuduhan kedua, setiausaha agung DAP itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.

Sementara itu, Jahara berkata ADUN Barisan Nasional (BN) telah menghantar surat cadangan mengenai Majlis Pengangkutan Negeri (MPN) kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow untuk membuat pindaan terhadap badan itu sebelum menerima pelantikan menganggotai jawatankuasa MPN.

Beliau berkata pindaan itu perlu bagi membolehkan MPN berfungsi sebagai sebuah jawatankuasa yang boleh bertanggungjawab untuk mengkaji, menilai dan memberi perakuan untuk kelulusan pelaksanaan projek-projek mega negeri.

“Pihak kami hanya akan menerima pelantikan ke dalam jawatankuasa sekiranya kesemua cadangan pindaan terma rujukan baharu itu dibuat oleh kerajaan negeri,” katanya.

Penubuhan MPN dipersejutui dalam sidang DUN lalu berikutan kontroversi pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan negeri yang menelan perbelanjaan sebanyak RM27 bilion selain bantahan pelbagai pihak terhadap projek tambakan laut di Permatang Damar Laut.

Pada 27 Mei lepas, kerajaan negeri mengumumkan pelantikan tiga wakil rakyat BN iaitu Jahara, ADUN Teluk Bahang Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah dan ADUN Bayan Lepas Nordin Ahmad bagi menganggotai jawatankuasa itu bersama-sama 51 yang lain termasuk kira-kira 10 wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO). – BERNAMA
Share this article

2 Komen:

  1. dulu2 komunis tinggal di hutan ttp skrg komunis sudah pandai tinggal di banglo...

    BalasPadam
  2. hahah....komunis tinggal di banglo...
    lanun bugis tinggal di istana...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top