Nuffnang

ROMBAKAN KABINET : Kita Lihat Siapa Yang Kena!!!


5 kekosongan di kabinet menjadi perhatian. Keputusan Najib  bagi mengisi kekosongan jawatan tiga menteri dan dua timbalan menteri tersebut pastinya akan melambangkan hala tuju pentadbiran beliau.
Kekosongan tersebut termasuklah dua jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Pihak media mendapat jemputan satu sidang media akan dibuat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya jam 3.15 petang.

Ini merupakan kali ketiga Najib merombak kabinetnya.

Rombakan kali ini dibuat dua hari selepas Umno memecat timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada parti itu.

Ramai menjangkakan bahawa rombakan kali ini merupakan rombakan terakhir pra PRU 14. 

Apakah akan berlaku perubahan besar-besaran portfolio dalam kabinet? Adakah muka-muka baru yang akan dilantik? 

Segalanya akan terjawab jam 3.15 petang ini.
Share this article

2 Komen:

  1. Assalam Bro,aku pasti yang dipilih nanti ialah pak angguk-pak angguk......

    BalasPadam
  2. Kepala hotak kau..ni bukan Pkr nak angguk jer atau parti Pan....tunduk pada Dap...ni menteri ada amanah besar nak mensejahterakan rakyat...kau ingat senang...jalau taj amanah ukan setakat kat akhirat jer kau kena jawab kat dunia.lagi pun kau dah tertiarap contoh nya Muhyiddn ada Ah So Nika Gee...kaya betul Muhyiddn dapat bela Ah SO....tu juta juta

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top