Nuffnang

PENDAKWAAN GUAN ENG : Mahkamah Dikawal Ketat, Menteri Yakin Beliau Bersalah!!


GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang hari ini menjalankan kawalan ketat di kawasan Mahkamah Sesyen, menjelang pendakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 10.00 pagi ini.
Beberapa jalan utama ke mahkamah ditutup dan hanya peguam bela, keluarga dan kenalan rapat Lim dan Phang dibenarkan berada di kawasan mahkamah.

“Polis akan mengambil tindakan jika ada yang engkar dengan arahan polis,” kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid, dipetik Bernama.

Pendakwaan akan diketuai Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang semalam mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Lim dan ahli perniagaan Phang Li Khoon.

Mereka dijangka didakwa di bawah Akta SPRM 2009, berhubung isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta yang sebelum ini dikatakan di bawah harga pasaran.


Pembelian banglo oleh Lim itu dikaitkan dengan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin kepada sebuah syarikat swasta.

Malam semalam, lebih 500 orang berhimpun di luar perkarangan pejabat SPRM di Jalan Northam, George Town, menuntut Lim dibebaskan.

Penunjuk perasaan disertai beberapa pemimpin Pakatan Harapan melaungkan “Bebas Guan Eng” dan “Tangkap Najib” sejak 8.30 malam lagi, sambil membawa pelekat mengecam penahanan itu. (SUMBER)

RAHMAN DAHLAN YAKIN GUAN ENG BERSALAH

“Saya yakin berlaku salah laku,” begitu kata pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional (BN) selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam.

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata disebabkan keyakinan itulah beliau kerap membangkitkan isu penjualan dan pembelian banglo oleh Lim.

“Tindakan menegakkan keadilan mesti dilakukan dengan pantas,” katanya malam tadi.

“Saya berharap SPRM akan meneruskan kelazimannya dalam menjalankan tugas tanpa kebimbangan atau pilih kasih. Pada akhirnya, semua ini diharap membawa kebenaran dan keadilan.”

Lim ditahan SPRM di pejabatnya di Komtar.

Bekas tuan rumahnya, Phang Li Koon pula ditahan di pejabatnya di Menara Penang Garden sekitar waktu yang sama.

Mereka ditahan selepas menerima arahan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pagi ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata Lim berdepan dua pertuduhan iaitu dibawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana meluluskan permohonan zon semula tanah pertanian di Balik Pulau kepada tanah perumahan milik syarikat Li Koon, Magnificent Emblem; dan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana membeli hartanah pada harga bawah nilai pasaran.

Apandi sendiri dilaporkan akan mengetuai pendakwaan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak pula membidas sikap dwi-standard pembangkang, selepas kerajaan dituduh sedemikian sejurus penangkapan Guan Eng.

“Apabila seseorang daripada kerajaan atau parti pemerintah ditahan atas apa jua alasan, pembangkang dengan pantas bercakap mengenai keadilan, urustadbir yang baik, kebenaran dan sebagainya.

“Mereka tidak akan akui kemungkinan berlakunya perbuatan jenayah,” katanya dalam catatan blog malam tadi. - FMT
Share this article

1 Komen:

  1. Akhirnya... Kesabaran kami terjawab..walau terpaksa menunggu lama..Guan Eng....siaplah kau.....warga Dap jgn kurang ajar.....dulu Khir Toyo kena.. Kami tak memberontak pun...samakan serupakan kes ni xuma Guang ENG NI berkait kait kait hingga isu terowong... Tengoklah...Guan Eng lepas satu satu kes akan menyusul....Alhamdulillah

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top