Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

FITNAH : Serangan Puak Harbi Ke Atas Mufti Pahang!!!


Seminggu-dua ini jelas keharbian satu parti politik menentang Islam dan institusi Islam apabila teguran Mufti Pahang supaya umat Islam menjauhi malah menentang usaha jahat mahu menidakkan Syariah Islam daripada terus didukung dan diperkasakan di bumi bertuah ini.
Walaupun sedar bahawa Perlembagaan Persekutuan, perundangan tertinggi negara menyatakan dengan jelas dan terang bahawa 'Islam adalah Agama bagi Persekutuan', kelompok ini didukung segelintir Muslim yang vokal berterusan mahu menidakkan hak asasi umat Islam untuk diadili oleh sistem Syariah.

Sejak usaha untuk melakukan pindaan terhadap Akta 355 untuk lebih berkesan mengekang gejala maksiat, bantahan demi bantahan terbuka dibuat sepanjang hari selama berminggu lama. Dan apabila Sahibus Samahah Mufti Pahang menyarankan supaya usaha golongan yang boleh diklasifikasikan kafir harbi tersebut ditentang, kelompok ini tanpa segelumit rasa bersalah berterusan menyerang kenyataan Mufti dengan tuduhan liar kononnya Mufti Pahang mahu menumpahkan darah puak-puak ini dan menghalalkan nyawa-nyawa mereka diambil pengganas-pengganas IS.

Hasutan demi hasutan daripada seorang demi seorang tokoh-tokoh harbi, daripada seorang tokoh politik cauvanis sehinggalah kepada seorang Bishop yang mahukan 'darah' Mufti Pahang?!

Persoalannya, kenapakah hal ehwal umat Islam boleh dipolitikkan Pakatan Harbi dan kuncu-kuncu mereka sedemikian rupa? Kenapakah kelompok ini dibiarkan sahaja, hari demi hari untuk berbuat demikian? 

Terkini Ketua Polis Negara telah menegaskan bahawa satu kertas siasatan telah dibuka ke atas Mufti Pahang. Harbi dan konco-konconya tentu bersorak gembira setelah berminggu berkempen melobi supaya Mufti Pahang dikenakan Akta Hasutan 1948?

Persoalannya, apakah tindakan yang bakal diambil pihak polis terhadap tokoh politik dan tokoh agama Pakatan Harbi yang saban hari cuba menterjemahkan ungkapan 'ditentang' kepada 'diperangi' dan 'halal darah'? 

Kenapakah hasutan maha agung ini yang banyak menimbulkan kekeliruan dan kegusaran ditengah-tengah masyarakat Malaysia tidak dikenakan sebarang tindakan?

#solidaritibersamamuftipahang
#tolakpakatanharbi                  
#satuummah                                
#perkasasyariah

Share this article

4 Komen:

  1. Kafir harbi memang licik dalam menghasut di alam siber siang dan malam. Harap2 Umat Islam tidak akan termakan hasutan dan fitnah puak2 kafir harbi dan anjing2 mereka.

    BalasPadam
  2. Penghasut sebenar ialah ustad pakatan kafir harbi tu. Mufti Pahang patut buat laporan polis terhadap ustad tersebut kerana memutar belit kenyataannya. Mufti boleh saja saman ustad tu kerana menghasut sedangkan niat mufti bukan seperti yg dinyatakan olehnya.

    BalasPadam
  3. Sabar.sabar.Allah...tu wujud...tengok fitnah ke atas Pm atas kesabaran beliau Allah..tunjukkan sapa yang benar sapa yang salah..so Mufti Pahang biar beribu report polis dibuat kalau tak salah tetap Allah lindungi InsyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar ada hadnya. Jangan kerana sabar diri dipijak sesuka hati saja. Bab putar belit kenyataan dan fitnah ni, pembangkang memang pakar. Jadi perlu diberi pengajaran. Contohilah Dato' Jahara dalam kes nenek rasis.

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top