Nuffnang

VIRAL :: Kisah "Hero Malaysia" Kuan Yang Disanjung Netizen


Seorang lelaki bernama Kuan Chee Heng kini menjadi sebutan rakyat Malaysia selepas gambarnya memberi makan kepada sebuah keluarga susah untuk membuka puasa, tersebar menjadi viral di laman Facebook.

Dalam status yang dimuat naik, Kuan memberitahu, terdapat seorang ibu bersama lapan orang anaknya masih belum berbuka puasa meskipun jam sudah menunjukkan pukul 8.3o malam.

“Lapan adik beradik ditinggal ayah bersama ibu. Hidup dalam gelap gelita api dipotong dan air dipotong.

“Jam sudah 8.30 masih belum berbuka sebab tiada apa yang boleh di makan. Saya menjemput mereka semua untuk makan. Bantulah mereka kerana keadaan mereka yang sangat memerlukan,” ujarnya.

Walaupun berlainan agama dan bangsa, sifat yang prihatin dan ikhlas yang ditonjolkan Kuan menyentuh hati ramai.

Rata-rata netizen khususnya yang beragama Islam memuji tindakan lelaki ini.

Gambar yang dikongsi Kuan juga menunjukkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum boleh hidup aman damai dan harmoni.

Tidak sampai 24 jam dimuat naik, status Kuan telah mendapat hampir 30,000 likes dan lebih 15, 000 shares.

Dalam perkembangan terbaru, susulan insiden ini menjadi viral, Kuan memberitahu, pemilik rumah yang disewa keluarga susah ini memberi tempoh masa untuk keluarga ini tinggal sehinggalah mereka mendapat rumah zakat.

Selain itu, bil air dan api rumah keluarga ini akan dilangsaikan setelah mereka mendapat kutipan zakat.

Kesusahan keluarga ini turut mendapat perhatian Zakat Selangor yang berjanji akan memberi bantuan secepat mungkin.

--------
Nota: Ayuh kita berikan semangat dan ucapan terima kasih kepada Kuan Chee Heng yang berhati mulia ini. https://www.facebook.com/kuan.cheeheng/posts/1252121458132954
Share this article

2 Komen:

  1. Aku dah lama kenal Kuan ni sejak dia bukak kedai bunga kt Bukit Bintang dulu...dia ni memang dari dulu macam tu...baik hati dan suka tolong orang. Dia juga merupaka aktivis masyarakat.. Tahniah Kuan! Bukan senang nak cari cina macam dia ni sekarang...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top