Nuffnang

"Kalau Berani Pulanglah...." : Khalid Cabar IS


Ketua Polis Negara hari ini mencabar pejuang IS kembali ke Malaysia, bukan sekadar mengeluarkan ancaman dari jauh.

“Ini bukan video pertama yang dikeluarkan kumpulan itu. Saya mahu nyatakan di sini polis tidak akan benarkan elemen IS bertapak di sini ataupun sebarkan ideologi mereka.
“Jangan cuba ugut kami kerana kami terlalu tua untuk ini. Kami tidak ambil ringan ancaman ini.

“Kamu hanya berani buat ugutan-ugutan dari jauh, (kenapa tidak berani) pulang?” soal Khalid dalam satu sidang media pagi ini.

Khalid berkata demikian sebagai mengulas satu rakaman video menunjukkan pejuang IS Malaysia di Syria yang mengancam akan melancarkan serangan ke atas rakyat negara ini, termasuk ‘memenggal leher’ anggota polis di Bukit Aman tidak lama lagi.

Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman dilaporkan mempunyai video grafik memaparkan Mohd Rafi Udin dari Negeri Sembilan bersama dua lagi pejuang IS memenggal tiga tebusan dipercayai pengintip.

Timbalan Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan sebagai berkata, “Serangan mungkin dilakukan sebaik saja IS menerima janji setia daripada kumpulan luar Syria dan kawasan operasi diisytiharkan milik mereka.”

Ayob Khan merujuk Khatibah Nusantara (cawangan IS di Asia Tenggara) yang katanya mengecualikan Malaysia daripada yang lain sebagai negara dilabel “Taghut” (pendosa/tidak patuh perintah Allah) yang perlu diperangi.

Khalid berkata, walaupun polis tidak meningkatkan tahap ancaman negara, pihaknya akan sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga untuk sebarang serangan yang mungkin berlaku.

Mengenai kenyataan Ayob Khan yang polis bersiap sedia untuk kemungkinan berlaku serangan dalam enam bulan oleh Khatibah Nusantara di Filipina dan IS, ini jawapan Khalid.

“Saya gesa semua pasukan keselamatan tingkatkan tahap keselamatan khasnya di tempat awam. Ini lebih penting sekarang susulan kemunculan video yang menghantui pemikiran orang ramai,” katanya.

Share this article

3 Komen:

  1. Tak kan nak cakap kita takut dan merayu kat IS supaya jangan serang Malaysia. Tetapi dengan memcabar mereka adalah sesuatu yg kurang bijak demi keselamatan negara jika mereka benar2 akan menyahut cabaran KPN.

    BalasPadam
  2. negara kafir yang menyembelih umat islam sebelah syiria tu kenapa tak diserang. nampak benor is ni siapa.

    BalasPadam
  3. Tengok senjata diorang le. Standard US punya senjata. Patut rakyat malaysia yang beragama islam berbaris ramai2, penampar mamat Rafi ISIS bodoh ni. Kita tengok macam mana dia pegi. Buat malu islam je lah.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top