Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PANASSS!! : Azmin Dinasihat Betulkan Keadaan Atau DUN Selangor Dibubarkan!!!


Apa khabar Azmin? Harap masih stabil dan tidak terkena serangan jantung dengan perkhabaran ini. Manakan tidak, Tuanku Sultan dah bertitah. Betulkan keadaan atau hilang jawatan MB. Lagi perit andainya krisis kesepakatan dalam pakatan harapan tidak dapat diselesaikan serta meyakinkan Tuanku, Selangor bakal menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN)

Duli Yang Maha Mulia, Paduka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita baginda diatas kemelut berpanjangan antara PAS dan DAP sehingga menjejaskan kestabilan pemerintahan Negeri Selangor sejak akhir-akhir ini.

Menurut sumber, Baginda jelas bimbang kemelut ini akan berpanjangan dan sekaligus menyebabkan rakyat Negeri Selangor berasa tidak tenteram dan sekaligus menyebabkan imej Negeri Selangor terjejas.

Baginda menegaskan, kestabilan pemerintahan Kerajaan Negeri harus diutamakan berbanding kehendak dan nafsu individu yang kini semakin lama semakin mengusutkan keadaan. Titah Baginda lagi, Baginda mahu kerajaan negeri terus stabil untuk membangunkan negeri dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat susulan masalah dalaman Pakatan Rakyat.

Sehubungan dengan itu Menteri Besar Selangor, Azmin Ali diminta memastikan kestabilan ini wujud atau beliau berhadapan dengan kemungkinan kehilangan jawatan dan Dewan Undangan Negeri Selangor juga akan di bubarkan selepas Aidilfitri jika kemelut ini masih berpanjangan.

Hasrat baginda mudah, mahu memastikan negeri termaju di Malaysia ini kekal stabil dan Baginda jelas bimbang kemungkinan kemelut dalaman Pakatan Rakyat ini akan sekali lagi mengheret Istana ke kancah politik seperti apa yang berlaku sewaktu konflik Menteri Besar satu ketika dahulu

Share this article

2 Komen:

  1. Inilah masanya Pas nak tunjuk taiko...

    BalasPadam
  2. tak payah bubarlah buat perabih duit rakyat je nak buat piliharaya... bg can la kat min nak samun duit selangor dulu.. kejap sgt jd MB mana sempat nak sapu..lg pun itulah kerajaan yg layak utk org selangor..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top