Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KEKALAHAN PRK : Amanah Dakwa Melayu Takut "Pocong" DAP!!


Calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli berkata propaganda “kuasa Melayu akan hilang jika DAP menang” masih mempengaruhi pengundi.

Katanya kebanyakan pengundi tidak membuat keputusan tepat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar kali ini.

“Isu nasional mungkin main peranan tetapi propoganda hilang kuasa Melayu jika DAP menang masih menghantui pengundi. Saya sifatkan ini sebagai isu ‘pocong’ iaitu ketakutan yang tak berasas.

“Saya lihat pengundi masih belum buat keputusan sehingga saat terakhir. Mereka sebenarnya tidak memahami pengundi yang belum buat keputusan,” katanya kepada wartawan bilik operasi Amanah Perak.

Termizi berkata Amanah pada masa depan akan lebih menumpukan pengundi wanita, khususnya untuk Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

“Kita akan kaji setiap pengundi. Kita lihat pengundi kuat adalah wanita Melayu. Ini juga berteruskan dalam PRK kali ini.

“Jadi kita akan cari jalan nak pecahkan tradisi ini,” katanya.

Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid diumumkan memenangi kerusi Parlimen di sini selepas menewaskan tiga pencabar lain.

Mastura memperolehi 12,653 undi, diikuti calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684).

Sementara Termizi menerima 4,883. Calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary hilang wang pertaruhan dengan hanya 54 undi.

KEKUATAN SEBENAR PAS?

Hari ini, sekurang-kurangnya kita tahu takat mana kekuatan PAS di dalam pembangkang.

Rupa-rupanya PAS ada saham 47-53% sokongan daripada undi yang didapati oleh keseluruhan pembangkang. Ini tahap kekuatan bersih PAS hari ini - setelah dipecahkan, dilanyak kiri-kanan, dituduh pelbagai dan diletakkan pelbagai persepsi oleh mereka yang tidak menyukai perjuangan PAS, - selama setahun lebih dan lebih-lebih lagi setelah RUU dibentang.

Terbukti, PAS ada kekuatannya sendiri, yang dimilikinya sendiri dan tidak mampu diganti mana-mana parti.

Dan inilah sokongan yang dibawa PAS ke dalam Pakatan dulu. Dan inilah kehilangan daripada Pakatan apabila PAS tidak lagi bersama.

Bagaimana pula dengan kekuatan bloc pembangkang yang satu lagi?  Yang pasti mereka tidak berada dalam lingkungan 50% kerana apa yang didapati bukan berdasarkan kekuatan bersih mereka kerana kali ini mereka mempunyai faktor TDM, yang tidak diketahui nilainya.

Di Sungai Besar, walaupun PAS di tempat ketiga, tapi hakikatnya PAS hanya kurang 700 undi walaupun terpaksa menghadapi BN dan blok pembangkang yang didokong MB Selangor (di negeri MB Selangor sendiri) dan Dr Mahathir.

Satu lagi berita baik ialah persepsi bahawa 99% undi Cina ada di tangan sebuah parti akhirnya hancur berderai. Ia kesedaran yang bagus kerana tumpulnya senjata ini kononnya segala yang dibangkitkan parti itu dipersetujui oleh orang Cina sebab realitinya tidak sedemikian.
Share this article

1 Komen:

  1. Calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli berkata propaganda “kuasa Melayu akan hilang jika DAP menang” masih mempengaruhi pengundi. Memang benar pun tetapi kalau calun PAN ini masih tak nampak jugak cuba lihat kat dalam PAN sendiri tidak kah pemimpin Melayu PAN terpaksa rujuk kepada pemimpin Cina DAP dulu sebelum buat apa apa keputusan? PAN = KAYU, sebab itu mereka masih tak nampak nampak.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top