Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PELAWAK : Hasrat Mahathir Tidak Kesampaian.... Najib Pula Dipersalahkan!!!


Kah...kah...kah.... Lawak betul penulis dengan Tun Mahathir kali ini. Manakan tidak, hasratnya untuk muncul di program lawak tidak dapat diteruskan, alih-alih Perdana Menteri pula yang dipersalahkan. Kah...kah..kah.... Semakin teruk meroyan dan bebalnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan Datuk Seri Najib Razak berikutan pembatalan kemunculannya dalam rancangan komedi Harith Iskander esok.

"Saya akan bersamanya (Harith) atas pentas untuk bertukar-tukar fikiran berkenaan benda-benda yang menggelikan hati. Itulah tujuan Harith, itu tujuan dia sebab dia pelawak bukan ahli politik.

"Tapi tiba-tiba dia diarah untuk hentikan program ini. Ini cara Najib," dedah Mahathir dalam ucapannya di Sungai Besar hari ini.

Harith kini mengacarakan rancangan komedi di Astro Awani, bertajuk 'Obviously Harith Iskander' yang disiarkan pada jam 9.30 malam setiap Sabtu.

Ini cara Najib?

Kah...kah...kah.... Siapa sifunya kalau bukan kamu sendiri Tun. 22 Tahun Tun. Apa Tun dah lupa apa yang telah Tun "turunkan" samada secara sedar atau tidak sedar kepada Najib? Semakin tua semakn kuat melatahnya Tun ni. 

Tidak mengapalah, orang tua katakan. Layankan jelah. Sekurang-kurangnya kita hargailah sikit jasanya dalam membangunkan Malaysia ni. Tak lebih daripada itu. 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top