Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

ALAHAI KESIAN.... Rintihan Tun M Tidak Dipedulikan Hj Hadi!!!


Alahai Tun.... Selepas Anwar dan Kit Siang gagal 'dipergunakan" kini beralih ke Haji Hadi pula. Segala perseteruan dan 'titik hitam" serta egomu hilang entah ke mana. Alahai.....Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sudah menerangkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara peribadi mengenai kesalahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, beliau berkata, pendirian PAS sekarang berbeza kerana parti itu tidak lagi mempunyai jumlah wakil rakyat yang ramai dan sokongan rakan pembangkang.

‎”Parti PAS tidak boleh jadi kerajaan apabila Pas dahulu keseorangan yang punyai bilangan wakil rakyat yang amat kecil, tetapi apabila dia bersama pakatan, barulah bilangan wakil rakyat PAS meningkat, tetapi kurang daripada rakan-rakan pakatan.

Maknanya PAS tidak mungkin boleh jadi kerajaan tidak usah cakap pasal nak tadbir.‎

“PAS sekarang sudah ketinggalan seorang… satu parti sahaja, jadi PAS perlu sokongan daripada orang lain, dia nak pilih nak dapat sokongan Datuk Seri Najib,” kata.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian pada forum 1MDB dan Najib yang diadakan di restoran Chun Ji, Taman Suria Kuala Kangsar, semalam.‎

Tun Dr Mahathir bagaimanapun berkata, beliau tidak pasti sama ada Abdul Hadi termakan ‘dedak’ Najib buat masa ini.

“Jadi saya tidak pasti makan dedak atau tidak. Tetapi nak kata dia tidak tahu kesalahan Najib itu tidak mungkin kerana saya sudah memberi penjelasan yang mendalam berkenaan kesalahan Najib.

“Berkenaan dia (Najib) tunduk kepada kuasa asing, kes 1MDB dan sebagainya, semua ini membazirkan duit rakyat,” katanya.

“Inilah sebab perkara yang saya jelas kepada Hadi dan dia mengaku bahawa ada kebenaran,” katanya.

Beliau berkata, oleh kerana PAS kini keseorangan, berpecah dan membenci Parti Amanah Negara (PAN), maka PAS memihak kepada Najib.


BUKAN INDIVIDU ATAU ORANG TETAPI DASAR YANG PERLU BERUBAH

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menemui beliau tiga bulan yang lepas untuk membincangkan usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Abdul Hadi berkata beliau bagaimanapun menolak pelawaan itu kerana menganggap ia tidak memberi sebarang faedah kepadanya mahupun parti itu.


“PAS tidak menentang individu. Tidak menentang orang tapi menentang pendekatan menggunakan konsep dan dasar. Sekiranya (kalau) orang diubah tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan juga,” katanya kepada pemberita ketika melakukan sesi ‘walkabout’ di sekitar bazar Ramadan pekan Sekinchan, di sini hari ini.

Mengenai dakwaan Tun Mahathir bahawa beliau (Abdul Hadi) makan ‘dedak’ Najib, Presiden PAS itu secara sinis memulangkan soalan siapa yang mula mengajar memberi dedak sebelum ini?.

“Kerana PAS tidak makan dedak maka dengan itu PAS boleh teruskan perjuangan tak ada politik wang, politik BR1M, siapa yang ajar?.

“Selagi tak mengubah pendekatan, tak ubah perangai, selagi itulah perkara ini akan berlaku,” ujar beliau.

Mengulas saranan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad agar UMNO dan PAS berganding demi mengukuhkan kedudukan Melayu dan Islam, Abdul Hadi berkata:

“Kita ada garis panduan dalam al-Quran, kembali kepada al-Quran, hadis sepenuhnya barulah kita boleh bersatu.

“Kita tak gopoh, seperti mana rang undang undang persendirian, itu satu langkah kerjasama sangat baik dan positif,” katanya merujuk laluan yang diberikan oleh kerajaan baru-baru ini untuk beliau mengemukakan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat. 

Share this article

4 Komen:

  1. Ramai manusia yg gelap mata bila dilonggokan dengan wang ringgit dan kemewahan didepan mata tak kiralah siapa mereka selagi mereka itu umat manusia. Sesungguhnya kita ini tidak maksum daripada melakukan kesalahan dan selalu tewas kepada godaan syaitan.

    BalasPadam
  2. Ada bezanya datang dengan tangan kosong dengan tangan yg berisi. Tambahan pula bila lapan kali dikunjungi.

    BalasPadam
  3. Assalam Bro,Aku yakin Tun M tidak merayu TETAPI menjelaskan kesilapan Najib.Kalau Hj.Hadi masih tidak mahu menyokong Tun M,itu adalah pilihan dia.Kita mesti bersangka baik.

    BalasPadam
  4. janji boboi bolih naik....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top