Alahai Rafizi...... Cukup-cukuplah memalukan serta merendahkan kredibiliti sendiri. Dah banyak kali sangat kantoi mereka-reka serta memutarbelit fakta. Tak malukah pada rakyat? Tak takutkah pada Allah?
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyangkal dakwaan pembangkang kononnya elaun bulanan penuntut di Institut Kemahiran Mara (IKM) dikurangkan dari RM250 kepada RM225.
“Saya difahamkan Rafizi (Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli) mengatakan elaun bulanan Mara dikurangkan dalam ceramahnya malam tadi di Sungai Besar.
“Ingin saya maklumkan bahawa Mara tidak pernah pun mengurangkan elaun untuk penuntut IKM, malah mana-mana institusi lain,” katanya.
Beliau menafikan tohmahan Rafizi itu dalam sidang akhbar selepas melawat Maktab Rendah Sains Mara Sungai Panjang di sini hari ini.
Menurutnya, Rafizi tidak pernah serik menabur fitnah terhadap kerajaan pusat terutama Mara.
“Dahulu pun dia buat fitnah bahawa kerajaan menghentikan penajaan biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara,” kata beliau. – UTUSAN ONLINE
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....