Nuffnang

DNA BABI : JAKIM Jawab Isu Halal Sos HP Dan Tabasco


Syabas JAKIM. Beginilah yang kita mahu. Respon segera segala kemusykilan yang dihadapi rakyat khususnya yang berkaitan status halal produk yang diimport dari luar negara. 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan produk sos jenama Tabasco merupakan pemegang Sijil Halal Ifanca Amerika Syarikat manakala sos jenama HP pula pemegang Sijil Halal dari Total Halal Correct Netherland.

Menurut Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halalnya, kedua-dua badan pensijilan halal berkenaan diberikan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.

Jakim turut memuat naik sekeping gambar surat yang menggunakan logo Jakim bertarikh 31 Oktober 2011 yang dipercayai sama dengan surat yang tersebar di laman sosial beberapa tahun lalu.

Surat jawapan tersebut ditujukan kepada sebuah pasar raya besar di Malaysia yang mengesahkan kedua produk tersebut haram kerana mengandungi DNA babi oleh Jabatan Kimia Malaysia pada 30 Jun 2011.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top