Nuffnang

RASUAH : Kenyataan Zuraidah Tempelak Rafizi?


Hm.... nampaknya PKR semakin tidak keruan dengan "ketiadaan" Anwar Ibrahim. Pemimpin-pemimpin mereka saling bercakaran dan menuduh antara satu sama lain. Walaupun Wan Azizah masih bertindak sebagai presiden, namun kemelut di antara pemimpin mereka nampaknya semakin parah.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin yang dituduh terlibat dalam skandal rasuah negeri Selangor mencabar individu yang membuat tuduhan tersebut tampil ke depan bagi membuktikan dakwaan terhadapnya.

Zuraida, yang juga Ahli Parlimen PKR kawasan Ampang itu berkata jika individu tersebut berani buat tuduhan dia juga perlu berani tampil ke depan bersemuka dengan beliau dan mencabarnya untuk mengemukakan bukti.

“Kalau dia anak jantan, kalau dia berani, sila datang kemukakan bukti dan jangan hanya buat dakwaan. Saya tak faham khabar angin seperti itu. Kalau dia anak jantan, dia berani, sila datang kemukakan bukti.

“Saya tak nak rendahkan martabat saya melayan orang-orang yang buat cerita dan fakta tak betul,” kata beliau yang mana pastinya ia merujuk kepada Rafizi Ramli.

Zuraida berkata demikian ketika menjawab dakwaan kekayaan luar biasa yang dimiliki seperti yang tersebar di Facebook sejak beberapa hari lalu.

Sebuah akaun Facebook di atas nama Captain M sebelum ini mengeluarkan dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal menyiasat dan menahan Zuraida yang dikatakan sebagai proksi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menguasai semua projek dan tender Peruntukan Marris yang disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk kos bawah RM3 juta.

Zuraida juga didakwa memiliki kekayaan luar biasa dan beberapa aset milik Zuraida turut disenarai dalam pendedahan tersebut.
Share this article

6 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top