Nuffnang

DEBAT : DAP Cakap Tak Serupa Bikin, Penakut Juga Rupanya!


Seperti diduga DAP ni memang jenis cakap tak serupa bikin. Umum mengetahui Guan Eng tidak habis-habis mencabar Dato Rahman Dahlan untuk berdebat. Begitu juga dengan Tony Pua. Kononnya atas dasar mahu mencari kebenaran. Alih-alih anak buah Guan Eng sendiri lari apabila dicabar berdebat.

Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Jason Loo menyifatkan   exco kerajaan negeri, Lim Hock Seng sebagai ‘pengecut’ kerana tidak hadir debat mengenai projek terowong dasar laut yang dijadual, hari ini.

Debat mengenai projek yang mencetuskan kontroversi itu akhirnya dibatalkan kira-kira  jam 11.30 pagi selepas Hock Seng tidak hadir dalam debat yang dijadual bermula 11 pagi.

Loo yang mencadangkan perbahasan itu menyifatkan pemimpin DAP Pulau Pinang  seolah-olah mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan apabila tidak menyahut cabaran debat itu.

“Ini adalah satu platform untuk berbahas secara membina dan bukan untuk serangan peribadi,” katanya.

Loo menjawab beberapa soalan daripada orang ramai dan acara itu berakhir pada tengah hari.

Pada 7 Jun, Loo menyerahkan jemputan rasmi kepada Hock Seng untuk berdebat secara terbuka bagi mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang terutamanya projek terowong dasar laut.

Walau bagaimanapun,  exco kerajaan DAP Pulau Pinang  dilaporkan enggan menyahut cabaran itu kerana beliau mendakwa semua soalan yang dibangkitkan telah dijawab dan tidak ada keperluan untuk berdebat.

Dalam perkembangan lain, Hock Seng menyatakan sedia berjumpa dengan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan bagi menjelaskan mengenai projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang pada Khamis depan (16 Jun).

“Saya akan pergi ke luar negara esok dan bersedia berjumpa beliau di pejabat saya pada Khamis minggu depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya sudah berkali-kali menjemput Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ke pejabatnya bagi meneliti dokumen berkaitan projek itu, namun Abdul Rahman enggan berbuat demikian.

Exco itu turut menjelaskan kos keseluruhan tiga projek jalan utama dan sebuah terowong di Pulau Pinang adalah sebanyak RM6.34 bilion yang dibiayai melalui gantian tanah dan pengenaan tol untuk terowong dasar laut sahaja.

“Projek terowong dasar laut bernilai RM3.7 bilion dan bukan RM6.34 bilion seperti yang didakwa dan ia tidak akan dibina sekarang tetapi dijangka siap pada tahun 2027 apabila trafik di jambatan pertama dan kedua mulai sesak,” katanya.

Hmmm.... bila kena kat batang hidung sendiri tak nak pula berdebat ye? Amacam Guan Eng, tak nak suruh anak buah jadi anak jantan sahut cabaran debat ni ke? 
Share this article

3 Komen:

  1. DAP mana ada kepala butuh. Semua takok kulup kedalam. Penuh taik kalat. Bawa penyakit siplis.

    BalasPadam
  2. dia telbulu bulu lari ikut pintu belakang. cari mak dia..menyorok dalam skirt mak dia...

    BalasPadam
  3. Puasa oii...marah pun bahasa tu elok lah sikit...ronnie liu dah mengaku kan cina dap cina babi.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top