Nuffnang

PENGGANTUNGAN OPERASI : Pemilik Rayani Air Sedia Jual Sebahagian Saham


Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran bersedia untuk melepaskan sebahagian pegangan sahamnya kepada mana-mana pelabur demi memastikan syarikat penerbangan itu terus berkembang dan kekal relevan dalam industri.
Beliau yang juga pemilik Rayani Air berkata, kekurangan dana merupakan antara faktor utama syarikat penerbangan itu berdepan dengan masalah sehingga timbul tindakan mogok yang dilancarkan juruterbangnya baru-baru ini.

Bagaimanapun Ravi menjelaskan keputusan melepaskan pegangan saham itu bukan bertujuan untuk ‘menjual’ syarikat penerbangan yang dibinanya selama ini bersama isteri, Datuk Karthiyani Govindan.

“Saya bukan menjual sepenuhnya tetapi saya akan membiarkan mereka (pelabur) mengembangkan syarikat. 

“Mana-mana pihak yang mahu melabur dan mengembangkan syarikat, kita sedia (melepaskan sebahagian pegangan),” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam, baru-baru ini.

Minggu lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengumumkan penggantungan operasi Rayani Air selama tiga bulan.

Ditanya adakah keputusan itu menunjukkan beliau sudah berputus asa untuk mengusahakan Rayani Air yang tidak henti dilanda masalah dan kontroversi, Ravi berkata, beliau masih pemilik syarikat tetapi hanya pegangan saham yang akan berkurangan.

“Saya merupakan pemilik Rayani Air dan sekarang mempunyai 100 peratus pegangan saham, tetapi kita sedia melepaskan sebahagiannya.

"Saya dan isteri serta warga kerja Rayani Air sayangkan syarikat ini. Kami mahu ia terus berkembang dan kekal relevan,” katanya.

Menurut Ravi, setakat ini terdapat empat pelabur yang menawarkan dana kepada syarikat penerbangan itu - tiga syarikat tempatan dan satu pelabur asing.


Bagaimananapun katanya, kesemua pelabur membuat tawaran untuk sekurang-kurangnya 51 peratus pegangan saham. 

“Kita bersedia untuk melepaskannya. Bagaimanapun, kita perlu teliti terlebih dahulu dengan janji, pihak berkenaan akan melabur dan mengembangkan syarikat,” ujar Ravi.

Mengenai perolehan dana, Ravi menjelaskan bahawa peringkat awal ialah melangsaikan semua hutang-hutang dan membayar gaji pekerja.

“Sebagaimana yang kita maklumkan sebelum ini, kita akan melaksanakan penstrukturan semula di samping memastikan operasi dan pengurusan lebih cekap.

"Kita akan melaksanakan perkara ini terlebih dahulu sebelum pelan pengembangan," katanya.

Mstar Online sebelum ini mendedahkan terdapat sebuah syarikat yang tampil untuk membuat penajaan berjumlah ‘jutaan ringgit’ bagi fasa pertama dan mendakwa urusan berkenaan hampir dimuktamadkan.

Menurut Ravi, penajaan itu bagaimanapun ditarik balik selepas pelabur mengetahui terdapat masalah dalaman berkaitan tindakan mogok juruterbang sehingga memaksa penerbangan dibatalkan. 

Rayani Air merupakan syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia dan keempat di dunia selepas Royal Brunei Airlines, Saudi Arabian Airlines dan Iran Air. - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top