Nuffnang

PANASSS!!! Ku Li Bakal "Kongsi Rahsia" Di Program Bersama PM Esok?


Wow...Wow... Macam ada sesuatu yang menarik bakal berlaku esok di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Melaka Bumi Hang Tuah! Adakah esok bakal mengubah lanskap poltik dan sokongan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional? Esok, 23 April akan berlangsung majlis memperingati Tun Ghafar Baba di Memorial Tun Ghafar Baba, di Bukit Peringgit, Melaka.
Ia adalah sempena 10 tahun pemergian Allahyarham, salah seorang pejuang terbilang UMNO yang sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Melaka.


Perdana Menteri, Najib Razak akan hadir ke majlis tersebut. Difahamkan semua pemimpin tertinggi UMNO juga akan turut hadir di mana majlis memperingati ulang tahun yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka itu akan diadakan secara besar-besaran.

Berdasarkan senarai mereka yang bakal memberikan ucapan, selain Najib selaku Presiden UMNO/Perdana Menteri dan Tamrin yang mewakili keluarga Tun Ghafar, satu-satunya pemimpin lain yang akan berucap ialah Tengku Razaleigh Hamzah.

Tun Khalil Yaakob tidak berucap, Ketua Menteri Melaka, Idris Haron juga tidak berucap, tiba-tiba hanya Tengku Razaleigh dijemput menyampaikan ucapannya.

Persoalannya, kenapa Tengku Razaleigh?

Adakah ini tanda-tanda sesuatu akan berlaku kepada Tengku Razaleigh tidak lama lagi?

Kita juga maklum sejarah "penyingkiran" Tun Ghafar oleh Mahathir untuk membuka laluan kepada Anwar.

Ehem...ehem....jangan ada yang mula berpeluh dingin dengan berita ini!! (SH 22/04/2016).
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top