Nuffnang

MAHATHIR VS NAJIB : Laporan Australia Pasti Buat Mahathir Meroyan!!!


Sebuah badan dari Australia yang berpengaruh, Institut Dasar Strategik Australia telah mengeluarkan satu laporan mengenai konflik antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad mendapati bekas Perdana Menteri itu akan gagal dalam misinya menjatuhkan Najib.
Ia bermakna, Najib akan kekal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Laporan berkenaan dipaparkan di jurnal rasmi mereka The Strategist dan mendapati Najib akan kekal memimpin Malaysia sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018 dan juga selepas itu, kata seorang Penganalisis Politik Donald Greenlees.

Laporan ini mengukuhkan lagi laporan firma kewangan antarabangsa yang membuat kaji selidik berkenaan risiko pelaburan.

Kumpulan Nomura dalam laporan bertarikh 6 April lepas kepada pelanggannya menyebut kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri kekal kukuh selepas pembangkang gagal menarik sokongan rakyat.

Manakala menurut Institut Dasar Strategik Australia, Najib mengekalkan kawalan dalam UMNO dan boleh bergantung kepada sokongan kepimpinan pusat dan majoriti Ketua-Ketua Bahagian.

“Sehingga kini, tidak ada bukti peralihan sokongan dari ‘base’ Melayu-Islam…” katanya.

Beliau percaya Mahathir sudah tidak lagi boleh mempengaruhi UMNO dalam hal ini.

“Mahathir Mohamad ……. dia tidak lagi boleh menganggap UMNO sebagai milik peribadinya,… terutamanya selepas Najib berjaya menyekat pemilihan anak Mahathir, Mukhriz, untuk jawatan naib presiden UMNO, pada tahun 2013,” menurut laporan itu.

Greenlees berkata walaupun terdapat beberapa rasa tidak puas hati yang timbul daripada saga 1MDB dan “kelembapan” ekonomi, faktor-faktor itu tidak mungkin membawa keruntuhan kerajaan.

“Tabung Kewangan Antarabangsa baru-baru ini memuji usaha Malaysia dalam “mencapai kestabilan makroekonomi dan kewangan serta pengukuhan pertumbuhan jangka sederhana yang berterusan,” katanya.

Laporan itu menyebut, biarpun ada siasatan antarabangsa ke atas skandal berkaitan 1MDB yang mungkin memberikan sedikit kesan, namun selepas sekian lama penyiasat mendapati mereka akhirnya akan gagal membuktikan apa-apa.

Juga, walaupun ada siasatan antarabangsa ke atas skandal 1MDB yang mungkin memalukan bagi kerajaan Najib, namun selepas sekian lama penyiasat-penyiasat mendapati mereka gagal membuktikan apa-apa.

“Walaupun ramai rakyat Malaysia marah, mungkin ada lagi yang keliru dan penat dengan skandal itu,” dia menulis, sambil menambah bahawa pengesahan Arab Saudi minggu lepas bahawa ia adalah sumber daripada USD 681,000,000 “derma” jelas memihak kepada Najib .

Kemudian beliau turut menceritakan bahawa kumpulan parti pembangkang kini berpecah-belah dengan ketiadaan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran ketiadaan calon yang mampu menyatukan perbezaan ideologi parti-parti di dalamnya.

- SUMBER
Share this article

2 Komen:

  1. ini kafir yahudi tak akan biarkan msia kuat semula...dia nak bn kalah dlm pru14 ....mereka akan pastikan najib terus memerintah sampai pilihanrya...kalau najib turun bn akan jadi kuat ...ini merisaukan yahudi.

    BalasPadam
  2. Mengarut apa kau ni....semuanya Qada dan Qadar...Allah dah tentukan...bukan pasal Najib jadi Pm pun...kalau bukan Najib pun kalau Bn kalah.nak salahkan sapa pulak...kita tengok je.pilihanraya sarawak..itu jadi kayu pengukur...so jangan cakap yahudi..orang Melayu bersengkongkol dengan yahudi mata sepet apa cer..tu depan mata tu...buta lagi ke

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top