Nuffnang

DEMO LAGI? #ShutDownJalanDuta Diteruskan Tanpa Makluman Polis


Tunjuk perasaan bantah kenaikan kos sara hidup pada malam Tahun Baru 2016 akan diteruskan tanpa surat makluman kepada polis, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak #ShutdownJalanDuta Shazni Munir Mohd Ithnin.

“Kita telah mencuba untuk menemui pihak polis dan kita tidak akan menghantar (surat makluman perhimpunan) lagi,” kata Shazni ketika dihubungi.

Pihak jawatankuasa cuba membuat serahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada jam 6.30 petang Selasa, tetapi ditolak atas alasan ia dihantar di luar waktu pejabat.

“Alasan ini langsung tidak boleh diterima! Akta Perhimpunan Aman (APA) langsung tidak menyatakan bahawa pemakluman perlu dilakukan dalam waktu pejabat,” katanya.

Shazni berkata mereka akan cuba menarik penyertaan seberapa ramai orang yang mungin dan menambah setakat ini seramai 17,000 orang mengesahkan kehadiran.

“Kita mempunyai 17,000 orang yang menandatangani petisyen online dan mereka ini yang akan turun (ke perhimpunan aman),” katanya.

Beliau, yang juga Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan tunjuk perasaan mereka adalah sah kerana APA menyatakan permit tidak diperlukan untuk berhimpun, sekadar memaklumkan kepada polis sebelum ia dianjurkan, dan menambah mereka akan memaklumkan kepada polis secara lisan.

Shazni berkata usaha untuk memohon permit merupakan tindakan sia-sia, kerana polis boleh menyalahguna kuasa mereka untuk menghalang perhimpunan daripada diadakan.

“Polis akan mengaku terima permohonan kita dari tarikh yaqng dihantar dan itu memberi masa kepada mereka untuk mencari alasan untuk menyekat kita,” katanya.

#ShutdownJalanDuta merupakan gabungan aktivis anak muda, reformis dan mahasiswa yang merancang untuk menyambut tahun baru 2016 di perkarangan plaza tol Jalan Duta bagi membantah kenaikan kos sara hidup dibawah pentadbiran Barisan Nasional.

Demo dijadualkan bermula pada jam 9 malam, 31 Disember.

SUMBER

BB : Adakah demo penyelesaian kepada perkara yang dibangkitkan? Adakah ini ajaran Islam kepada umatnya? Jangan biarkan diri anda dipergunakan!!!
Share this article

3 Komen:

  1. klu baca ni, mcm org m'sia ni nak beli beras sekampit pun tak mampu. tp cuti ni, cuba pegi kt shopping mall, org shopping mcm tak ingat dunia...

    BalasPadam
  2. Mereka ni sebenarnya dibayar..sebab tu mereka buat...mana ada benda free kat dunia...ni...nak free kalau tinggal kat hutan...makan pucuk kayu..tangkap ikan kat sungai..helajar dgn jin kat hutan...itu pun kalau jin tu beri pelajaran percuma.kalau tak bayarlah..kan

    BalasPadam
  3. Yang dating demo kat tol tu semua guna kereta dan motor ,,,,, tapi macam papa kedana ....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top