Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BANGSAT!!! SUARAM Gunakan EU Untuk Campurtangan Urusan Dalaman Negara!!!


Khamis lalu, Kesatuan Eropah (EU) mengambil keputusan yang agak janggal dan pelik apabila meluluskan resolusi bagi mendesak Malaysia menarik balik Rang Undang-Undang Keselamatan Negara, memansuhkan akta hasutan dan menarik balik undang-undang berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).


Resolusi ini dikeluarkan atas anjuran Persekutuan Antabangsa bagi Hak Asasi Manusia dan antara anggota organisasinya ialah Suara Rakyat Malaysia.

Apa yang disesalkan, keputusan yang dikeluarkan oleh Parlimen Eropah di Strasbourg, Perancis ini hanya mengambil kira usul yang dibawa oleh Suaram tanpa mengambil kira dan keinginan untuk mengadakan dialog dua hala antara Malaysia dan EU.

Apa hak EU yang mahu Malaysia menarik balik Rang Undang-Undang Keselamatan Negara bagi melindungi kedaulatan negara dari sebarang ancaman musuh yang kini dilihat semakin kompleks dan sukar di bendung sepenuhnya? Mengambil kira semua kejadian pencerobohan di Pantai Timur Sabah, undang-undang berkenaan amat perlu bagi menjaga kedaulatan negara dari sebarang ancaman musuh.

Ini sekaligus memberi pihak berkuasa lebih kuasa untuk menangkap dan melindungi kedaulatan negara dari sebarang ancaman. Adakah ini menjadi kesalahan besar bagi EU dan Suaram yang bertapak di Malaysia dan didukung oleh peguam-peguam yang sememangnya langsung tidak memperdulikan hak dan kedaulatan negara?

EU sendiri tidak dapat mendesak Britain, Belanda, Sweden dan beberapa buah negara Eropah lagi untuk memansuhkan Akta Hasutan milik mereka. Apa yang membezakan antara Malaysia dengan beberapa buah negara Eropah yang lain, hanya istilah yang digunakan untuk akta ini.

Britain dan Amerika Syarikat sendiri masih memperakui keberkesanan akta ini bagi melindungi institusi pentadbiran negara mereka. Jadi atas dasar apa EU dan Suaram mendesak kerajaan memansuhkan akta ini? Adakah Malaysia terlalu “istimewa” sehingga perlu memansuhkan akta ini? Adakah Suaram berminat untuk melihat kejadian 13 Mei kembali berulang di Malaysia?

Paling tidak dapat diterima, desakan supaya Malaysia menarik balik undang-undang mengenai hak LGBT. Suaram seperti lupa daratan apabila Malaysia adalah sebuah negara yang berteaskan Islam. Didalam Islam, jelas menolak sebarang aktiviti songsang LGBT diamalkan oleh umatnya. Jadi tiada sebab untuk Malaysia akur dengan kehendak bodoh EU dan Suaram ini.

Desakan ini pada kacamata ramai pihak adalah sebagai satu helah untuk melepaskan pesalah seks liwat terkenal negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara. Jika Malaysia akur dengan desakan songsang ini, pastinya yang menerima manfaat adalah Anwar dan beratus-ratus lagi pesalah seksual yang kini sedang merengkok didalam penjara. Adakah ini perjuangan Suaram?

Apa yang pasti, tindakan kerajaan yang menentang keras sebarang usul dan desakan daripada EU tentang isu-isu ini amat dipuji demi kebaikan negara. Kenyataan balas yang agak sedikit keras dari Wisma Putra berhubung perkara ini juga sewajarnya dipuji.

Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kedaulatan negara kekal terpelihara dari sebarang campur tangan asing samada dari EU atau Amerika Syarikat. Ditambah dengan persatuan lupa daratan seperti Suaram, Kerajaan sentiasa memandang serius sebarang usaha untuk menjahanamkan negara. - pru14.tv
Share this article

2 Komen:

  1. Bubar je suaram tu.. bikin semak je

    BalasPadam
  2. Negara sendiri....sendiri jaga....itu suaram ...suara dia tak laku kat Malaysia ni...sebab tu melalak kat negara orang ...mcm gini lah siapa kepala suaram ni...batalkan pasport dia macm alvin dgn abd jalil ...biar diaorang ni jadi pelarian...orang tak bernegara....Zahid...take my statement.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top