Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

G25 : Kebangsatan Penjawat Awam Pencen Melacurkan Melayu Dan Islam?


Sejak dua menjak ini nama Noor Farida agak meletup disebabkan kejahilan dan kedudukan logik akal yang menolak permintaan Islam melalui kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh dirinya. 

Namun kita terifkir siapa dia ini tiba-tiba sahaja muncul dan jadi heroin bodoh dalam drama musuh Islam. Kali terakhir negara memberi tanggungjawab serius kepada sebahagian mereka yang menjadi penggerak utama kumpulan G25, kita kehilangan wilayah laut, pengecilan sempadan maritim dan kedaulatan wilayah negara kepada negara Singapura.

Cuma ada juga dikalangan ngo-ngo yang musykil dan sangsi dengan U-turn yang telah dibuat oleh kumpulan G25 yang satu ketika dulu (pada Disember tahun lepas) dengan sombong dan bongkak telah mentah-mentah menolak pelawaan ‘muzakarah’ yang telah dibuat oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Alasan Noor Farida Ariffin ketika itu ialah MPM yang memayungi 284 ngo-ngo Melayu bukanlah wakil daripada Jabatan Perdana Menteri malah beliau yang dilabel sebagai 'bonda Pin' itu tidak pernah mendengar tentang majlis tersebut. 

Tetapi rakan-rakan ngo melihat G25 boleh duduk bermuzakarah dengan Penang Institute yang dinaungi DAP sehinggakan menganjurkan program secara kerjasama.


Persoalannya apa yang membuatkan G25 yang hanya mempunyai lima puluh orang kakitangan kerajaan pencen tiba-tiba sanggup 'mencemar kaki' sudi berjumpa dengan pertubuhan ngo-ngo seperti Isma dan Perkasa?

Persoalannya juga perlukah ISMA dan Perkasa yang mempunyai jauh mempunyai lebih ramai ahli dan berakar-umbi patut berjumpa dengan G25?


KENALI G25

1. Tan Sri Datuk Abdul Rahim Bin Haji Din, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri.
2. Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Negeri.
3. Tan Sri Dr Aris Othman, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan.
4. Tan Sri Dr Ismail Merican, bekas Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan.
5. Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff bin Mohd Kassim, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan.
6. Tan Sri Dato’ Dr Mustaffa Babjee, bekas Ketua Pengarah, Perkhidmatan Veterinar.
7. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.
8. Tan Sri Dr Yahya Awang, Pakar Bedah Kardiotorasik dan Pengasas, Institut Jantung Negara.
9. Datuk Seri Shaik Daud Md Ismail, bekas Hakim Mahkamah Rayuan.
10. Datuk Abdul Kadir bin Mohd Deen, bekas Duta.
11. Datuk Anwar Fazal, bekas Penasihat Kanan Serantau, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).
12. Datuk Dali Mahmud Hashim, bekas Duta.
13. Datuk Emam Mohd Haniff Mohd  Hussein, bekas Duta.
14. Datuk Faridah Khalid, wakil Suara Wanita.
15. Datuk Latifah Merican Cheong, bekas Penolong Gabenor, Bank Negara.
16. Lt. Jen (B) Datuk Maulob Maamin, bekas Leftenan Jeneral ATM.
17. Datuk Noor Farida Ariffin, bekas Duta.
18. Datuk Ranita Hussein, bekas Pesuruhjaya Suhakam.
19. Datuk Redzuan Kushairi, bekas Duta.
20. Datuk Dr Sharom Ahmat, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia.
21. Datuk Syed Arif Fadhillah, bekas Duta.
22. Datuk Zainal Abidin Ahmad, bekas Ketua Pengarah, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.
23. Datuk Zainuddin Bahari, bekas Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
24. Datin Halimah Mohd Said, bekas Pensyarah, Universiti Malaya dan Presiden, Association of Voices of Peace, Conscience and Reason (PCORE).
25. Puan Hendon Mohamad, bekas Presiden Badan Peguam Malaysia.
Share this article

1 Komen:

  1. Saya rasa tak perlu dilayan. Patutnya dia orang yang over "bijak pandai" ni bersatu cari jalan nak tolong komuniti macam kurangkan kes jenayah ke, kurangkan kemalangan ke..tanya dia kes buang bayi tu macam mana, nak ke dia orang jaga. Kena ingat, dalam Islam ada konsep hidup bermasyarakat. Saya cadangkan G25 buat satu perkampungan macam cerita "The Village" lepas tu buatlah apa nak ikut syok sendiri. Jangan lupa Tuhan yer.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top