Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Kejutan Buat Ahli-Ahli PAS - Khalid Samad!!!


Sikap yang ditunjukkan Pemuda PAS Pulau Pinang dan kawasan Permatang Pauh dalam menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh adalah wajah baharu parti Islam itu sekiranya kumpulan tertentu dipilih dalam muktamar Jun nanti, kata Khalid Samad.

"Inilah wajah baharu PAS dalam konteks hubungan dengan Pakatan Rakyat jika kumpulan baharu dipilih sebagai Jawatankuasa PAS Pusat dalam muktamar PAS ke 61 Jun nanti.

"Merekalah yang akan menggantikan wajah-wajah seperti Dr Dzulkefly Ahmad, Hanipa Maidin, Mujahid Yusof Rawa dan pimpinan lain yang digelar 'Jebon' dan 'Parasit'," kata ahli jawatankuasa PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Pemuda Pulau Pinang pimpinan Yusni Mat Piah dan kawasan Permatang Pauh pimpinan Omar Osman mengambil sikap tidak memberikan kerjasama kepada PKR dalam menghadapi PRK akan datang, walaupun PAS Pusat memutuskan akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon PKR di situ.

Sokongan kepada PKR untuk memilih calon mereka dinyatakan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan memberi kata dua sehingga hari penamaan calon, 25 April supaya PKR memohon maaf secara terbuka berhubung isu enakmen jenayah syariah Kelantan.

"Jika bersetuju, kami PAS kawasan Permatang Pauh akan meneruskan kerjasama PAS-PKR dalam pilihan raya kecil ini.

"Jika mereka masih berkeras tidak mahu menarik balik kenyataan itu kita tengoklah macam mana nanti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat PAS kawasan itu.

Kenyataan dikeluarkan Yusni sebelum ini juga menuntut PKR memohon maaf mengenainya.


Berita Mengejutkan Buat Seluruh Ahli PAS

Pengarah Pilihan raya PAS PRK Permatang Pauh, Datuk Dr Mujahid Yusof berkata sokongan kepada calon PKR dalam PRK ini adalah tanpa syarat.

Bagi Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam, apa yang berlaku di Permatang Pauh juga akan berlaku di peringkat pusat jika "wajah-wajah baharu PAS" ini mengambil alih parti Islam itu di peringkat pusat.

"Saya yakin inilah sikap yang akan diambil oleh orang-orang yang selama ini memburuk-burukkan kami sebagai liberal, Anwarinas dan berwala' pada Pakatan Rakyat (PR) jika mereka terpilih dalam muktamar PAS nanti sebagai AJK PAS Pusat," kata Khalid.

“Sikap mereka keras dan tidak berhemah. Tiada unsur ingin berkawan dan tiada kebijaksanaan berpolitik. PAS akan kembali bersendirian, terpinggir dari politik arus perdana,” kata Khalid yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987.

Bagi Khalid, sikap ditunjukkan PAS Permatang Pauh dan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang adalah wajah "ekstrem" yang mula wujud selepas muktamar pada 2011 lalu.

"Ia tanpa sifat keterbukaan dan menggunakan pendekatan paksa dan ugut," kata Khalid dan menambah, “Ianya PAS Ekstrem”.

Beliau mempersoalkan sama ada pendekatan itu membolehkan PR terus wujud.

"Bolehkah PR survive dengan dipilihnya PAS Ekstrem? Cakap lain buat lain? Nak PR tetapi asyik gaduh? Syadid," kata Khalid yang turut menyebutnya melalui Twitter beliau.

Beliau berharap, semua ahli PAS dapat melihat nasib parti Islam itu nanti dengan apa yang sedang berlaku di Permatang Pauh sekarang.

"Hala tuju PAS, masa depan PAS. Permatang Pauh sebagai saksinya," kata Khalid.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya tiga nama besar PAS dijatuhkan oleh kawasan masing-masing dalam pemilihan kali ini.

Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dijatuhkan di Kampar, Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari dijatuhkan di Alor Gajah dan yang terbaharu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman dijatuhkan di Kapar, Selangor sebagai yang dipertua PAS kawasan masing-masing.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top