Nuffnang

AMEKKAU!!!! PERLAHAN AZAN : Teresa Cock Diarah Bayar Saman!!!


Teresa Kok diperintah membayar RM50,000 selepas Mahkamah Persekutuan menggugurkan saman yang difailkan Ahli Parlimen Seputeh itu berhubung penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008.


Kok memfailkan saman itu pada 13 Mac 2009 dan menamakan bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pegawai Kanan Polis Cawangan Khas, DSP E Kim Tien dan kerajaan sebagai defendan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas mendapati penangkapan dan penahanan Kok pada 2008 dilakukan mengikut undang-undang.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, Seksyen 73 (1) ISA menyatakan mana-mana pegawai polis boleh menangkap dan menahan seseorang atas sesuatu sebab yang munasabah tanpa waran tangkap.

Kok diwakili peguam Sankara Nair manakala defendan diwakili oleh Majlis Kanan Persekutuan, Lailawati Ali.

Kok ditahan di bawah ISA, selepas dia didakwa mengarahkan pihak masjid di Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya supaya memperlahankan pembesar suara azan.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Malah, Ahli Jawatankuasa Masjid Kota Damansara pula menjelaskan pihaknya tidak memainkan azan disebabkan pembesar suara yang rosak, tidak kena-mengena dengan arahan Kok - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top