Nuffnang

TIDAK DIUNDANG!!! Teresa Kok DAPigs Dimalukan Di Mesir!!!



Jika kamu menganggap "persekutuan" kamu dengan PAS membolehkan kamu melakukan apa saja terhadap Islam, kamu silap!!! Kepada Zairil, janganlah kerana politik kamu jual agama dan bangsa!!!

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menolak lawatan wakil-wakil DAP ke Timur Tengah dan menganggapnya sebagai cubaan untuk mengotorkan minda para pelajar Melayu-Islam dengan agenda subversif mereka.

Kumpulan Islam itu berkata, sesi dialog DAP dengan rakyat Malaysia di sana juga menunjukkan niat sebenar mereka bagi menyemaikan kebencian terhadap identiti Islam dan merekrut kader-kader baru untuk mengikut fahaman mereka, memandangkan DAP di Malaysia sendiri sangat kuat menentang kedudukan Islam dan orang Melayu.

Pengerusi ISMA Malaysia di Mesir, Umar Farouq Morhalim dalam satu kenyataan berkata, kehadiran para pemimpin DAP yang mengadakan dialog dengan masyarakat Malaysia di Timur Tengah, Mesir dan Jordan, tidak dialu-alukan sama sekali. 

"ISMA Mesir berharap semua pelajar tidak terpedaya dengan umpan yang ditabur DAP dalam usaha untuk menghakis identiti Melayu-Islam, terutama apabila para pelajar merupakan tiang seri negara pada masa hadapan," katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari terpaksa memberikan penjelasan berhubung rombongan parti itu telah ke Jordan dan Mesir dalam minggu ini selepas ISMA menerbitkan sebuah artikel yang menuduh rancangan DAP untuk merekrut dan memanipulasi golongan muda Melayu-Islam.

Menurutnya, rombongan ke Jordan dari hari Isnin sehingga Rabu itu termasuklah dialog dengan kumpulan-kumpulan akademik, lawatan ke kem-kem pelarian dan pertemuan dengan para pelajar universiti yang berasal dari Malaysia.

"Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk mempelajari lebih lanjut tentang budaya dan politik di Asia Barat, terutama tentang pergerakan politik Islam yang sedang berkembang di wilayah tersebut," kata Zairil dalam status yang dikemaskini di laman Facebook rasminya.

Selain Zairil, Ahli-Ahli Parlimen DAP lain dalam rombongan tersebut adalah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim. 

Zairil terpaksa membuat pengesahan selepas Mohd Firdaus Salleh Hudin, editor di laman sesawang ISMA membuat komentar pada Khamis lalu dengan melahirkan rasa terkejutnya apabila DAP dibenarkan bertemu dan berdialog dengan para pelajar Malaysia di dua buah negara Arab yang keseluruhan mereka berbangsa Melayu. 

Dalam komentar tersebut, ISMA menuduh DAP mahu mewujudkan kumpulan 'guru agama sendiri' yang berkelulusan dari universiti-universiti Timur Tengah dan menuduh, rancangan tersebut merupakan sebahagian daripada 'agenda jahat' DAP untuk menarik lebih ramai orang Islam terpedaya dengan agenda mereka.

 - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top