Nuffnang

VIRAL : GAMBAR Seluar Jururawat Yang Jarang - Salah Siapa?



PUTRAJAYA - Gambar seorang jururawat sebuah hospital di Malaysia tersebar di laman Twitter yang kini tersebar pula di laman Facebook. 

Gambar yang menunjukkan 'seluar dalam' bercorak belang-belang, seorang jururawat jelas kelihatan berikutan kain seluar yang dipakainya itu terlalu nipis sehingga menampakkan benda yang tidak sepatutnya.


Pertikaian mengenai uniform jururawat, bukanlah pertama kali dibangkitkan di media sosial. Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan dari pihak Kementerian Kesihatan untuk mengubah uniform jururawat yang dianggap tidak sesuai dan seksi.


Bagaimanapun, sesetengah netizen mendakwa terdapat segelintir jururawat yang sengaja mengetatkan uniform yang sedia ada bagi menampakkan susuk tubuh badan mereka yang ramping. 

Selain itu, ada yang berpendapat kain standard yang digunakan terlalu tebal dan panas serta tidak selesa menyebabkan ada segelintir jururawat yang terpaksa menggunakan kain jenis yang lain.

Ada juga yang berpendapat, uniform jururawat sepatutnya dilabuhkan sedikit di bahagian pinggang agar dapat menutupi aurat.

Sumber- MYMEDIAHUB

Kepada pihak yang berkenaan (tak perlu dinyatakan pun rasanya korang dah tahu), rasanya garis panduan dan etika pemakaian kakitangan awam termasuk jururawat cukup jelas menyatakan larangan memakai pakaian yang seksi, nipis apatah lagi menjolok mata.

Jadi dalam keadaan ini ada tiga kemungkinan berdasarkan senario pakaian seragam jururawat adalah diberi atau dibekalkan :

1. Kesalahan Jururawat

Jururawat itu sendiri yang membuat/ menempah pakaian seragam tersebut dan tidak mematuhi spesifikasi yang sepatutnya.

2. Kesalahan Pembekal

Pembekal mengubah kualiti dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

3. Kesalahan Pegawai Perolehan KKM

Pegawai yang bertanggungjawab membuat pembelian dan perolehan telah dengan sengaja mengubah / menukar spesifikasi dan kualiti kain tersebut.

Berdasarkan tiga senario yang diberikan, tidak susah sebenarnya untuk mengesan punca sebenar mengapa uniform jururawat tersebut nipis sehingga menampakkan pakaian dalam.

Tepuk dada tanyalah iman

Wallahu alam
Share this article

1 Komen:

  1. Tak ada kerja lain duk tengok punggung orang saja.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top