Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BUKA TUDUNG : HAMLEYS MOHON MAAF PADA ROSYAM NOR



Sebelum ini cerita panas mengenai anak gadis Rosyam Nor itu disuruh membuka tudung jika ingin bekerja di sebuh kedai di pusat membeli belah terkemuka tanah air tersebar meluas di Media Sosial. 


Dengan itu pihak HAMLEYS tampil dengan permohonan maaf. Rupa-rupanya salah seorang pekerja HAMLEYS yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja, telah memberi maklumat yang tidak tepat. ehm selepas ini kami berharap pihak  HAMLEYS lebih peka isu - isu seperti ini. Ini kerana banyak menguris hati orang Islam di negara ini

Permohonan maaf daripada pihak HAMLEYS

Salam Sejahtera Semua

Terima kasih kepada semua yang memberitahu pihak kami mengenai isu ini.

Kami tidak mempunyai sebarang polisi syarikat di mana pekerja wanita tidak dibenarkan memakai hijab/tudung. Kami memang mengalu-alukan semua yang ingin bekerja untuk datang membuat permohonan kerja, tidak kira bangsa atau agama.

Setelah disiasat, memang salah seorang pekerja kami yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja, telah memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam. Tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja ini.

Pihak pengurusan serta semua pekerja di kedai kami dengan ikhlas ingin memohon maaf di atas isu ini. Kami berasa sangat kesal dengan insiden ini dan juga dengan apa yang telah tercetus disebabkannya. Diharap Datuk Rosyam serta anak gadisnya dan juga kaum Muslimin & Muslimah yang telah terguris dengan kejadian ini sudi merima permohonan maaf kami ini.

Yang Ikhlas
Pihak Pengurusan

https://www.facebook.com/hamleysmalaysia


Ini kata Rosyam Nor:


Sedih, harini anak saya yg baru habis SPM gi mintak kerja nak isi masa terluang TAPI syarat kena bukak tudung. Kedai HAMLEY's !!! Kurang aja

Kedai tu kat ONE UTAMA .ingat nama HAMLEYS jgn masuk k.

Diharap perkara ini menjadi perhatian kerana seperti merendahkan agama, maruah orang dan menggalakkan orang membuka tudung.

Rosyam Nor juga meminta orang ramai boikot kedai tersebut.

Ini pula tulis Hamleys Malaysia:

Salam to our Muslim brothers and sisters... Please bear with us while we investigate this alleged incident thoroughly. Thank you for your kind patience.

Hamleys kini sedang menyiasat kejadian yang menimpa anak gadis Rosyam Nor

- medianetwork
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top