Nuffnang

GAMBAR : Pemain Harimau Malaya Kantoi Bila PM Lawat Bilik Persalinan



Memenangi perlawanan akhir adalah impian kita, namun kalah selepas berjuang dan bermain sebaik mungkin pastinya tetap memberikan kepuasan kepada penyokong-penyokong skuad Harimau Malaya yang memenuhi Stadium Nadional Bukit Jalil malam tadi. 

Apa yang menarik sebelum perlawanan ialah YAB PM telah membuat lawatan mengejut ke bilik persalinan pemain.


Gambar diatas menunjukkan Perdana Menteri DS Najib dan juga Menteri Belia dan Sukan KJ masuk kebilik persalinan pemain untuk memberi semangat..

Rupanya mereka baru selesai bersolat dan ada setengah pemain yang masih memakai kain sarung. Syabas buat pemain harimau malaya.

Dan selepas perlawanan, PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga beliau dengan persembahan hebat yang dipamer skuad Harimau Malaya pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur, malam ini.
"Walaupun kalah saya bangga dengan persembahan Harimau Malaya.

"Insya-ALLAH akan lebih cemerlang di masa akan datang," kata Najib dalam catatan terbaharu beliau di Facebook dan Twitter.





Malaysia terlepas peluang untuk menjulang Piala AFF Suzuki selepas kalah kepada Thailand dengan agregrat 3-4 setelah final kedua kejohanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaupun kalah 2-3 kepada Malaysia pada aksi timbal balik malam ini, skuad kendalian Kiatisuk Senamuang muncul juara susulan kemenangan 2-0 yang diraih pada final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Rabu lepas.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam Twitter beliau turut menyatakan bangga dengan aksi skuad bimbingan Dollah Salleh itu. - Bernama
Share this article

6 Komen:

  1. Meskipun kecewa saya tetap mengucapkan syabas kpd skuad Malaysia.Kesungguhan pemain2 serta pihak pengurusan termasuk jurulatih Dollah Salleh dan managernya Dtk Darsono (Presiden FA Sarawak) saya memberi kepujian.

    Cuma saya sedih pihak media terlampau menyakiti dgn membesar2kan gelaran "harimau malaya" seolah2 skuad kebangsaan hanya utk Semenanjung. Tak cukupkah gelaran "Team Malaysia"?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nama Harimau Malaya tu ambik dari spesis Harimau nama "Malayan Tiger"..bukan pasal skuad kebangsaan dari semenanjung..tu pasal di kenali Harimau Malaya

      Padam
    2. Tak ada binatang lain ke selain "Harimau Malaya" yg lagi garang dan ganas..pkataan "malaya" tu yg tak senang d dengar..seolah2 utk semenanjung sj sbb binatang jahanam tu..

      Padam
    3. Memang dah nama spesis Harimau Belang tu dikenali sebagai Harimau Malaya. Nama lain untuk harimau ni adalah 'Panthera Tigris'.. Terdapat 6 spesis Harimau Belang yang diketahui wujud dalam dunia ini. Ianya adalah: 1. Harimau Benggal 2. Harimau Cina Selatan 3. Harimau Malaya 4. Harimau Sumatera 5. Harimau Siberia 6. Harimau Indo China ... Tak salah kita nak panggil atau gelar pasukan bola sepak negara dengan panggilan apa pun tapi lebih afdhal kalau di tahun-tahun mendatang kita panggil dengan gelaran Harimau Malaysia ... Kita cuba usulkan kepada menteri yang berkaitan untuk cuba bawa perkara ke pihak atasan ... Barulah semua puas hati ... Terima Kasih ... Saya sekadar mencadangkan ...

      Padam
  2. Yg ni yg aku paling tabikkk...
    Solat itu tiang agama..
    Alhamdulillah...

    BalasPadam
  3. Tang !!! mana kantoi nya, betul lah proses itu, apa masalah nya ???

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top