Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

HUDUD : ADAKAH PKR AKAN JADI PAK TURUT KEPADA PAS SELANGOR?



Rasanya semua orang tahu bahawa majoriti yang berada di dalam PKR berbangsa Melayu dan beragama Islam. Oleh itu, PKR wajib menyokong hasrat kerajaan PAS Kelantan melaksanakan undang-undang hudud, memandangkan pemimpin tertingginya beragama Islam, kata PAS Selangor.


Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Taalib berkata PKR ‎tidak sewajarnya mengikut jejak langkah DAP yang menolak hudud kerana parti itu majoriti ahlinya bukan beragama Islam.

"Kepada orang bukan Islam, kita tidak boleh nak paksa.

"Tetapi bagi orang Islam, kita ada kewajipan untuk menerimanya. Kita mesti percaya, ada akidah. Kalau tolak, kita berdosa dan sebagainya.

"Justeru, dari sudut orang beragama Islam, PKR mesti menyokong," katanya kepada pemberita di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim) di Gombak, Selangor, hari ini.

PKR Pusat akan bermesyuarat hari ini di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor pada jaml 3 petang ini untuk memutuskan pendirian parti itu mengenai hudud.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyifatkan undang-undang yang akan dibawa PAS dalam Dewan Rakyat itu sebagai “bermasalah”. – 22 Disember, 2014.

Malaysian Insider
Share this article

1 Komen:

  1. Melaga2kan sesama islam dan berusaha menanam benci sesama islam demi keuntungan dunia yg sedikit dan sementara.....syabas bb

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top