Nuffnang

PAS OH PAS!!! Yang Buat Festival Arak Lepas, Yang Naikkan Iklan Kena Tindakan??



Dunia dah nak kiamat ker? Itulah tindakan pelik dari parti yang kononnya memperjuangkan Islam. PAS meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan kontroversi dengan menaikkan papan iklan Oktoberfest tanpa kebenaran.


Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata pihak bertanggungjawab turut berani menaikkan semula papan iklan itu tiga hari selepas diturunkan.

“Kerajaan Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak pernah meluluskan a
pa-apa kelulusan berkaitan dengan program ini. Ia boleh digambarkan sebagai mencetus dan mencabar keharmonian yang sentiasa diterap dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,” tegas Zaidy.

Beliau melahirkan dukacita diatas sikap penganjur yang telah mencalar sensitivi penganut beragama di Selangor. Menurut kenyataan beliau, Oktoberfest dikatakan dianjur di beberapa tempat di Selangor dengan acara kemuncak di pusat membeli-belah 1Utama.

“Agama Islam tiada berhalangan untuk selain penganut Islam meminum minuman keras kerana ianya merupakan hak orang bukan Islam. Namun, jika ia diadakan secara besar besaran seperti festival, apatah lagi dengan mengwar-warkan secara terbuka seperti iklan di pasar raya dan billboard dan sebagainya, ianya jelas melanggar tata susila kehidupan masyarakat bahkan seluruh agama di dunia ini,” menurut kenyataan itu lagi.

PAS Selangor memberi peringatan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas selaras dengan mempertingkatkan nilai-nilai kehidupan harmoni yang diperjuangkan oleh seluruh lapisan masyarakat berbilang agama dan bangsa.

“PAS Selangor akan berusaha untuk mendesak melalui peruntukkan kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri Selangor dan PBT yang terbabit supaya festival di kawasan terbuka seperti ‘parking kereta’ dan sebagainya yang jelas bercanggah dengan ‘Akta 176′ dapat dialihkan atau dibatalkan dan melarang penglibatan umat Islam serta mereka yang dibawah umur,” jelas Zaidy.  – Selangorkini

Apa dah jadi PAS? Masih ingat lagi manifesto PAS untuk menutup kilang arak di Selangor sekiranya memenangi PRU 12. Sekarang dah pasca PRU 13 pun nampaknya kilang arak tersebut masih kukuh berdiri malah siap ada festival terbesar dunia lagi. Haru-haru.....
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top