Nuffnang

MAAF INI BUKAN RASIS TAPI JANGAN DICABAR!!!



Tahun lepas (2013) kita telah "dikejutkan" oleh satu video yang menjadi viral gara-gara panggilan telefon yang mempersoalkan ibadah korban dilaksanakan di dalam kawasan sekolah. Alasannya, anak pemanggil serta rakan-rakan beragama Hindu merasa terhina atau tidak selesa dengan ibadah korban tersebut.


Bukan nak mempersoalkan kegiatan dan amalan agama lain, namun boleh tak sekiranya penulis atau masyarakat Islam yang lain mahukan supaya acara sambutan Thaipusam diadakan di kawasan tertutup. Bukan apa, dengan perarakan yang cucuk sana sini di badan, penulis khuatir dan risau sekiranya perlakuan itu ditiru oleh anak-anak kecil.

Lagi satu, rakyat Malaysia perlu tahu bahawa Agama Islam jelas termaktub sebagai agama rasmi persekutuan yang secara jelas menerangkan hak-hak bagi penganutnya berbanding agama-agama lain.

Ini ibadah korban yang dilaksanakan di dalam kawasan ibadah umat Islam seperti surau pun menjadi masalah apa cerita? Janganlah mencabar kesucian dan amalan agama lain sekiranya tidak mahu amalan dan kesucian agama korang juga dicabar!!!

Ingatlah, sebagai sebuah negara majmuk, kita perlu ada sikap toleransi serta hormat menghormati di antara satu sama lain. Jangan dibangkitkan amarah penganut agama lain kerana demi agama, biasanya manusia sanggup melakukan apa sahaja.


Share this article

1 Komen:

  1. gua malas nak mengulas ........walaupun darah ni memdidih.......nati kalau cakap banyak kena tangkap pulak sebab kita orang Melayu Islam yang cakap

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top