Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

WOW!!! Rumah Transit 1 Malaysia Untuk Mereka Yang Layak!!!




Sebanyak 632 pemohon yang layak dan terpilih menyewa Rumah Transit 1Malaysia di Bukit Jalil di Kuala Lumpur dijangka boleh memasuki rumah berkenaan mulai Disember ini.


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, dalam kenyataan hari ini, berkata ini kerana kerja menaik taraf dua blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk dijadikan Rumah Transit 1Malaysia itu dijangka siap sepenuhnya pada 23 November ini.



Projek rumah pertama seumpamanya itu melibatkan pengubahsuaian dua buah blok merangkumi 632 unit rumah PPR di Bukit Jalil iaitu Blok L dan Blok M.

Program Rumah Transit 1Malaysia bertujuan memberi kemudahan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah untuk pasangan yang berkahwin dan berumur bawah 30 tahun.

Beliau berkata, kerajaan menetapkan kadar sewa rumah berkenaan ialah RM250 sebulan dengan tempoh penyewaan selama 2 tahun.

"Pemohon tidak boleh menyewakan rumah transit dan tidak boleh menuntut sebarang kos untuk pindah masuk atau keluar dari rumah transit tersebut," katanya.

Abdul Rahman berkata, bagi mengatasi masalah pengangkutan awam untuk penduduk rumah berkenaan, pihak RapidKL bersetuju menyediakan perkhidmatan bas yang menghubungkan kompleks PPR Bukit Jalil dengan stesen LRT Bukit Jalil laluan Ampang mulai Disember ini.

"Perkhidmatan bas RapidKL ini akan beroperasi pada kekerapan setiap 30 minit," katanya.

 – Bernama, 8 Oktober, 2014.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top