
Merupakan perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab sama sekali untuk memutarbelitkan lontaran beliau yang bersifat peringatan positif dengan sebaliknya menggambarkannya sebagai suatu ancaman sepertimana yang dibuat oleh YB Lim Kit Siang. Perbuatan tersebut mendedahkan niat kurang baik dan sifat tidak prihatin/bebal kepada fakta sejarah pihak-pihak yang terlibat.
Apakah motif YB Lim Kit Siang yang memutarbelit maksud Timbalan Perdana Menteri dan menganggap ia sebagai satu ancaman? Bagi saya ini adalah perkara biasa bagi YB Lim Kit Siang yang sentiasa bersangka buruk dan mensensasikan isu dengan niat yang tidak bertanggungjawab. Mungkin YB Lim Kit Siang harus bermuhasabah dan fikir apa yang beliau dan parti beliau telah menyumbang kepada Perpaduan Nasional yang semakin rapuh hari ini.

Penggunaan isu-isu ini telah menyebabkan peningkatan suhu politik negara ke tahap yang membimbangkan. Kita harus mengambil maklum akan kronologi perjalanan sejarah Malaysia dan negara-negara lain didunia bagaimana penggunaan isu-isu pemecahbelah ini jika dibiarkan tanpa ditangani mampu dan telah menimbulkan ketidakstabilan.
Hakikatnya tragedi hitam 13 Mei 1969 merupakan suatu fakta sejarah, titik-titik yang membawa kepada peristiwa ini telahpun dan akan terus dibahas oleh para sejarawan, selama lebih empat dekad juga kerajaan telah menggubal dan melaksanakan pelbagai dasar bagi memastikan tragedi ini tidak mungkin lagi berlaku dengan mengurangkan kesan pencetusnya sama ada bersifat politik, ekonomi mahupun sosial.
Hakikatnya semenjak merdeka dan kemudiannya pembentukan Malaysia kita telah dihadapkan dengan cabaran untuk membina sebuah negara bersatu di atas kepelbagaian yang amat kompleks tanpa mengorbankan prinsip-prinsip demokratik dan kebebasan individu yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
Ianya satu usaha mencabar yang telah dipikul dengan jayanya oleh bapa-bapa pengasas negara melalui Parti Perikatan dan diteruskan hari ini oleh Parti Barisan Nasional yang mempelopori konsep perkongsian kuasa antara kaum di negara ini.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....