Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KALIMAH ALLAH : 28 Soalan Gereja Katolik Tidak Penuhi Keperluan Asas - Mahkamah



KUALA LUMPUR : Mahkamah Persekutuan di sini memutuskan bahawa 28 soalan tentang undang-undang pentadbiran, undang-undang perlembagaan dan soalan am dikemukakan pihak Gereja Katolik gagal memenuhi keperluan asas di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman 1964 untuk diberikan kebenaran merayu.

"Sebanyak 28 soalan bagi kebenaran dikemukakan oleh pemohon yang terbahagi kepada tiga bahagian di bawah tajuk soalan undang-undang pentadbiran, soalan undang-undang perlembagaan dan soalan am.

"Untuk kebenaran diberikan, bebanan terletak pada pemohon untuk memuaskan hati Mahkamah ini bahawa soalan dikemukakan melepasi asas ditetapkan dalam Seksyen 96 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman 1964 (CJA)," kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tujuh anggota yang membuat keputusan majoriti 4-3 terhadap gereja itu pada 23 Jun.

Penghakiman bertulis itu dimuat turun pada Isnin daripada laman web rasmi Mahkamah Persekutuan.

"Kuasa Menteri untuk memberikan permit untuk mencetak dan menerbitkan surat khabar di Malaysia terkandung dalam Seksyen 6 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan

1984, manakala Seksyen 12 akta sama memberikan Menteri budi bicara untuk mengenakan mana-mana syarat bagi permit itu yang beliau fikirkan wajar.

"Dalam melaksanakan budi bicara itu, Menteri dalam kes ini telah melarang penggunaan kalimah "Allah" dalam Herald. Ia tidak mempertikaikan ciri-ciri syarat yang mungkin dikuatkuasakan oleh Menteri yang tertakluk dalam budi bicara beliau.

"Isu di hadapan kami adalah sama ada penguatkuasaan syarat itu dalam melaksanakan budi bicara beliau di bawah Akta itu adalah tertakluk kepada penelitian kehakiman atau sebaliknya," katanya.

Dalam menimbangkan isu sama ada Mahkamah Rayuan telah mengguna pakai ujian yang betul atau tidak, Ariffin berkata beliau mengambil kira seluruh penghakiman oleh Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan bukan sekadar melihat kepada terma yang digunakan dalam penghakiman berkenaan.

"Lagipun, intipati penghakiman berbanding terma yang digunakan patut digunakan sebagai ukuran," katanya.

Hakim Arifin juga berkata Hakim Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya melayani cabaran pihak gereja terhadap kesahihan atau perlembagaan enakmen beberapa negeri yang menetapkan untuk mengawal dan melarang pengembangan doktrin dan kepercayaan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam.

Beliau berkata soalan perlembagaan dikemukakan pihak gereja berhubung hak mereka yang termaktub dalam Perkara 3, 8, 10, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipertimbangkan secara terpencil tanpa mengambil kira enakmen-enakmen negeri.

Pada 23 Jun, dalam keputusan majoriti 4-3, panel tujuh anggota Mahkamah Persekutuan menolak permohonan pihak gereja bagi kebenaran untuk membatalkan larangan kerajaan terhadap penggunaan kalimah 'Allah' yang merujuk kepada 'God' dalam penerbitan mingguan The Herald versi Bahasa Malaysia.

Penghakiman Arifin dipersetujui oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum yang tidak memihak kepada penghakiman itu memutuskan Gereja Katolik berhak diberikan kebenaran untuk merayu kerana terdapat isu penting di sisi undang-undang yang telah dibangkitkan oleh pihak gereka untuk diselesaikan oleh Mahkamah Persekutuan.

Dalam penghakiman bertulis setebal 69 muka surat, Hakim Malanjum memutuskan pihak gereja telah memenuhi keperluan di bawah Seksyen 96(a) dan (b) Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman untuk diberikan kebenaran merayu.

"Wajar ditekankan bahawa selain daripada keperluan itu, satu faktor yang perlu diberikan pertimbangan serius adalah tahap kepentingan awam dalam isu undang-undang yang dibangkitkan oleh pemohon (pihak gereja) dan tentang keperluan ia diselesaikan secara muktamad oleh Mahkamah Persekutuan," katanya.

Katanya isu serius berhubung langkah Menteri Dalam Negeri dalam melaksanakan budi bicaranya melarang kalimah 'Allah' dalam Herald adalah berhubung fakta yang tidak dipertikaikan bahawa Herald telah diedarkan selama 14 tahun sebelum penguatkuasaan larangan itu.

Dua lagi hakim yang mempunyai pendapat bertentangan ialah Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

-- BERNAMA




Share this article

1 Komen:

  1. Today, I went to the beachfront with my children. I found a sea shell
    and gave it to my 4 year old daughter and said "You can hear the ocean if you put this to your ear." She put the shell to her
    ear and screamed. There was a hermit crab inside and it pinched her ear.

    She never wants to go back! LoL I know this is completely off topic but
    I had to tell someone!

    Feel free to surf to my homepage: nutrition plan for Bodybuilding (www.Mpowerbomb.com)

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top