Nuffnang

PADAN MUKA!! MP PKR Dapat Surat Tunjuk Sebab Kerana Kenyataan Media!!!




Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menjadi mangsa terbaru amalan kebebasan media serta hak bersuara parti yang dianggotainya apabila diberikan surat tunjuk sebab kerana mengeluarkan kenyataan yang disiarkan media.

Abdullah Sani, Ketua PKR Cabang Kuala Langat mendapat surat tunjuk sebab itu kerana telah mengeluarkan kenyataan dalam akhbar Berita Harian edisi 9 Jun lalu bertajuk “Abdul Khalid perlu akur ‘Langkah Kajang’” yang menyentuh isu kedudukan Menteri Besar Selangor.

“Saudara Abdullah Sani Abdul Hamid diberi surat tunjuk sebab untuk mendapatkan penjelasan beliau berkenaan kenyataan media tersebut,” kata Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dalam satu kenyataan, Rabu.

Selain beliau, Lembaga Disiplin PKR juga kata Dr Tan telah meneliti dan menyiasat berkenaan beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggotanya ketika proses pemilihan parti itu berlangsung.

Kes-kes itu telah dibentang dalam mesyuarat Biro Politik PKR pada Selasa malam, yang dipengerusikan Presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan dihadiri anggota Biro Politik yang lain.

Mesyuarat itu mempersetujui cadangan Lembaga Disiplin PKR untuk menggantung dua ahli parti itu selama tiga bulan, manakala seorang lagi diberikan surat tunjuk sebab dan keahlian digantung sehingga siasatan kes membabitkannya selesai, kata Dr Tan lagi dalam kenyataan itu.

Dua yang dihukum gantung keahlian tiga bulan ialah Vasantha Kummar A/L Krishnan dari Cabang Hulu Langat yang didapati bersalah membuat tuduhan tidak berasas terhadap beberapa anggota parti sewaktu proses pemilihan cabang itu 11 Mei lalu; serta Saifuddin Shafi Muhammad dari Cabang Hulu Selangor, kerana didapati telah membocorkan laporan minit Mesyuarat Biro Politik kepada umum melalui akaun twitter beliau pada 14 Mei lalu.

Sementara itu, Nor Asmah Baharuddin, anggota PKR Cabang Bandar Tun Razak diberi tunjuk sebab dan digantung keahllian hingga selesai siasatan kes beliau didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap parti melalui laman Facebooknya pada 26 Jun lalu.

Dr Tan turut menegaskan, Lembaga Disiplin PKR mengingatkan semua calon supaya tidak menggunakan khidmat anggota parti yang telah digantung keahlian atau dipecat untuk berkempen, khusus menuju pusingan akhir Pemilihan PKR 2014 pada 10 Ogos nanti.-bnbbc.my
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top