Nuffnang

Tun Mahathir : ISMA, Kamu Tolong Diam!!!



Beberapa hari selepas Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) terus-menerus menyerang bukan Melayu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan mereka patut berhenti membuat bising.

Bekas perdana menteri itu berkata kenyataan daripada pemimpin Isma tidak konstruktif.

Kenyataan Dr Mahathir itu sebagai tindak balas kepada Isma yang melabelkan kaum Cina sebagai 'penceroboh' dan menggesa agar hukum hudud dikenakan kepada semua rakyat Malaysia dan bukan sahaja umat Islam.

"Dia sepatutnya simpan sahaja pandangannya. Mereka tidak membantu keadaan negara ini," 




Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menegaskan orang bukan Islam perlu mengetahui batasan mereka dan tidak seharusnya mempertikaikan hak keistimewaan yang dimiliki kaum Melayu dan Islam di negara.

Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, golongan tersebut juga tidak boleh mencampuri urusan bangsa Melayu dan Islam terutamanya mengenai cadangan pelaksanaan hukum hudud.

Beliau berkata, selama ini, golongan bukan Islam yang dilabelkan sebagai pendatang di negara ini, sudah diberikan peluang sepenuhnya dari aspek sosiol ekonomi di negara in.

“Orang Melayu dan Islam di Malaysia mempunyai hak untuk menyatakan kehendak mereka dan menentukan rupa bangsa serta masa depan negara tanpa boleh dibantah oleh mana-mana kaum pendatang di negara ini,” katanya pada sidang media di pejabat Isma di sini, Jumaat.

Ketika ditanya sama ada bangsa lain tiada hak untuk menyuarakan pandangan mereka, Abdullah berkata mereka telah diberikan hak untuk bersuara dan jaminan kesejahteraan sejak dulu lagi.
Share this article

6 Komen:

  1. Sorrry Tun, this time I agree with Isma. We had enough of Dap superiority thingy. Mereka memjual,kita juga sudi membeli.

    BalasPadam
  2. Me too Tun... They r given enough space to voice up without consider what we feel... We r "too polite" and being pushed too far enough... How many of d Malay leaders who hve d guts to counter attack each time we being"hit" we need sum powerful voice like ISMA and Perkasa to defend....

    BalasPadam
  3. Count me in.. We are giving them too much.. Has to put a full-stop to it..

    BalasPadam
  4. .. saya pun kali ini setuju dengan ISMA, ..
    bukan tak hormat pada Tun, atau pemimpin sekarang..
    PRU13 kami pangkah dengan penuh harapan...

    selepas perubahan pada PRU12,
    kami ingat masih ada harapan...

    tapi...

    kenapa banyak sangat rambut yang putus?..
    kenapa banyak sangat tepung berselerak sana sini?..
    kenapa mereka tidak bijak menarik rambut? ...
    kami tersilap memilih pemimpin ka?...

    kalau segalanya sangat rumit
    rehatlah sebentar dari 'demokerasi'
    serahkan pada majlis raja-raja buat seketika..
    susun semula negara..
    mungkin ada sedikit sengsara..
    anggaplah ia sebagai ubat luka..
    bentuk semula adab, adat dan budaya..
    hidupkanlah semula jiwa..

    bukan kah itu lebih baik dari menunggu masa dalam kecewa..
    orang Islam kan yakin adanya syurga dan neraka..





    BalasPadam
  5. Melayu sudah lama mengalah dan sudah beri peluang kpd mereka sampai menghina mencaci
    Raja dan perlembangan. Waktu Merdeka mereka telah di beri banyak kebebasan. Di Indonesia
    di Thailand berbesa mereka tidak sebebas, macam di Malaysia.

    BalasPadam
  6. sama jugak sokong isma dan apa isma katakan tu ada kebenaranya....maaf tun

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top