Nuffnang

VIDEO : GEMPAR!!! Kanak-Kanak Keluar Dari Ruang Tayar Pesawat!!!



Pegawai Pengangkutan Hawaii pada Rabu mendedahkan rakaman visual remaja Somalia yang bersembunyi dalam ruang tayar sebuah pesawat Hawaiian Airlines pada 20 April lalu.

Video itu mengesahkan laporan yang disediakan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan pegawai lapangan terbang yang dianggap sukar dipercayai.

Laporan awal mendedahkan remaja berusia 15 tahun itu lari dari rumah dan menyelinap masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa San Jose dan memanjat naik salah satu tayar pesawat tersebut.

Walaupun kekurangan oksigen dan cuaca sejuk, Yahya Abdi, terselamat pada paras ketinggian 11,500 meter.

Penerbangan itu mengambil masa kira-kira 5 jam 30 minit pada suhu yang boleh mencecah -62 darjah Celsius.

Rakaman berdurasi enam minit itu yang didedah Jabatan Pengangkutan Hawaii menunjukkan dia turun dari Boeing 767 sebelum melompat ke landasan.

Abdi kemudian duduk selama 13 saat di landasan pesawat lalu berdiri dan berjalan dengan perlahan ke arah depan pesawat.

Dia kemudian berjalan ke arah seorang pekerja lapangan yang sedang memandu troli, dan kedua-duanya dilihat bercakap selama tiga minit sebelum beredar bersama-sama.

Dalam rakaman itu, Abdi tetap berdiri sepanjang masa.

Jurucakap Jabatan Pengangkutan Hawaii, Caroline Sluyter berkata rakaman itu dikeluarkan selepas pejabat peguam negeri mempertimbangkan permintaan media untuk melihat video berkenaan.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top