Nuffnang

ADA KU KESAH? MCA Keluar BN!!!

Tak Tahu la apa pandangan orang lain, tapi bagi penulis inilah keputusan yang paling dinanti-nantikan selama ini.  Sudah terlalu banyak kita berlembut atas nama persahabatan dan perikatan yang terbina semenjak merdeka. Sanggup kita mengguris perasaan bangsa sendiri demi menjaga hati mereka. Dah bermacam-macam ruang dan peluang yang dikongsi dan dibuka. Dan apabila kenyataan untuk keluar daripada Barisan Nasional datang dari mereka sendiri, Rasanya inilah masa yang paling sesuai untuk UMNO dengan rela melepaskan mereka. Jangan kerana parti, agama dan bangsa diperjudi dan digadaikan!!!






Timbalan presiden MCA Datuk Wee Ka Siong menegaskan bahawa parti itu akan mengkaji semula kedudukan mereka dalam BN sekiranya Umno tetap dengan pendirian menyokong usul PAS di Parlimen untuk melaksana hudud di Kelantan.

Wee berkata MCA mempertahankan seratus peratus asas perlembagaan persekutuan yang dipersetujui BN sejak merdeka.

"Kalau berlaku (Umno sokong hudud) perkara itu kita akan bincangkan kedudukan kita dalam BN.

"Kita tidak akan sokong hudud PAS," kata beliau dalam program wacana membincangkan pelaksanaan undang-undang tersebut, di Shah Alam hari ini.

Wee menjawab soalan oleh moderator Maszlee Malik yang bertanya sekiranya MCA akan bersama Umno dalam BN, memandangkan parti tersebut membuka ruang kepada PAS untuk nembentangkan rang undang-undang di parlimen.

Wee menegaskan, Umno tidak pernah meminta persetujuan MCA dan komponen BN lain berhubung sokongan kepada usaha tersebut.





Share this article

1 Komen:

  1. MCA tak sedar diri... menang beberapa kerusi pun atas ihsan UMNO... kalau nak keluar BN pun, keluarlah... UMNO boleh ambil semula kerusi2 ihsan tu... dan semakin mantap...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top