Nuffnang

PANAS!!! Pergolakan DAP Di Teluk Intan Kerana Sofya Dyana!! VIDEO INSIDE




Untuk apa sebenarnya Dyana Sofya dicalonkan di PRK76 Teluk Intan? Suara-suara sumbang mula kedengaran di kalangan ahli-ahli DAP di sekitar bandar ini. Seperti yang sedia maklum, Teluk Intan merupakan bandar yang didiami majoritinya oleh penduduk Cina melebihi kaum Melayu itu sendiri.

Akhirnya pekung melekuk dah tak boleh nak disimpan, malah dap dikatakan bekerja keras di Teluk Intan, tak pernah DAP jadi kalut sebegini, siap tambah lagi dana, turun padang yang semakin kerap, haha.. dalam keseronokan penyokong totok PR, mengagungkan orang bergetah dah cun di Teluk Intan, terbuka satu kisah yang memang memeningkan Lim Kit Siang n the gang.. kah kah..

Secara peribadi calon dari gerakan lagi cool, walau ramai kata patut letak orang lagi muda, tetapi pengalaman beliau di sana, anak jati Teluk Intan, dia sendiri walau PRU13 lalu kalah, tetapi dia tetap bekerja membantu rakyat Teluk Intan dan tidak pilih bulu.




Cuba lihat video di bawah, Dyana turut TIDAK DITERIMA di kawasan kampung Melayu.







Kempen parti chauvinist DAP di Teluk Intan semakin mendapat tentangan hebat penduduk setempat apabila hari ini pengundi Melayu dikawasan Parlimen Teluk Intan telah halau penasihat DAP Lim Kit Siang dan calon DAP bagi kawasan Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya dari berkempen di taman perumahan mereka. Bagi penduduk Melayu di Teluk Intan, Lim Kit Siang dilihat sebagai seorang puppet master yang sibuk mengawal puppet beliau iaitu Dyana dan tidak memberikan kebebasan kepada Dyana untuk berkempen secara normal.

Mana sahaja pergerakan Dyana diikuti rapat oleh Kit Siang dan segala soalan yang diajukan kepada Dyana perlu mendapat restu dari Kit Siang terlebih dahulu. Persoalanya, jika ditakdirkan Dyana Sofya menang di Teluk Intan dan menjadi Ahli Parlimen, adakah beliau terus akan dikawal oleh Kit Siang? Jika Ya, baik Kit Siang sahaja bertanding di Teluk Intan kerana nampak gayanya pemimpin tua DAP ini masih gilakan kuasa walaupun sudah hendak menjangkau usia 70an.
Share this article

1 Komen:

  1. Tapi masaalahnya bila keputusan nanti DAP yg menang.. tuh yang pening, ishkk ishkk...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top