Nuffnang

#FBP14 - Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan






Putrajaya - Hari pertama FBP14 telah menampilkan beberapa aktiviti menarik yang pastinya menjadi daya penarik kepada festival kali ini. Di Zon Selatan, Pertandingan Seni Mempertahankan Diri (SMD) Peringkat Kebangsaan diantara aktiviti yang berjaya menarik minat belia untuk menyaksikannya.




Menurut Nor Izzah Binti Marzuki, beliau berasa bangga kerana dapat mewakili negeri Sarawak pada kejohanan kali ini. Kejohanan ini sungguh meriah, saya dapat merasakan kemeriahannya, katanya yang mewakili negeri Sarawak bagi Kategori Patern Terbuka (Taekwando).




Tambahnya lagi, beliau berharap agar kejohanan seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang. Ia bukan sahaja dapat menjadi ruang perjumpaan kepada penggiat seni mempertahankan diri diseluruh negara, malah ia juga dapat mempertontonkan kepada para belia betapa pentingnya mempelajari seni mempertahankan diri.

Festival Belia Putrajaya adalah merupakan festival yang menghimpunkan pelbagai aktiviti kegemaran belia hari ini, Saya begitu berterima kasih kepada pihak penganjur (KBS) kerana menjadikan festival ini sebegini hebat. Para belia seluruh negara dihimpunkan didalam suatu festival yang dilaksanakan khusus buat kami, katanya lagi mengakhiri perbualan.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top