Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16
-
Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi
dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat
pad...
#FBP14 Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
Progrem Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda yang mensasarkan penglibatan remaja berusia 14 hingga 25 tahun (ARPRM) telah mula diperkenalkan semula di negara ini pada tahun 2000. Program ini adalah adaptasi daripada program The Duke of Edinburgh's Award atau kini lebih dikenali dengan nama The International Award for Young People yang telah bermula di United Kindom pada tahun 1956.
Penglibatan remaja dalam program ini adalah satu wadah bagi memberi sokongan dan semangat kepada mereka dalam menanamkan nilai-nilai semangat kesukarelawan ke arah mencapai personaliti unggul.
Sejak 2002 sehingga 2013 seramai 63,622 remaja telah menerima pentauliahan di semua peringkat anugerah dengan 48,599 pada tahap Gangsa, 14,892 Perak dan 135 Emas.Pada hari ini, seramai 111 oranf remaja akan ditauliahkan tahap emas yang akan disampaikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Objektif pelaksanaan adalah untuk melahirkan pemimpin muda yang mahir dan berkualiti melalui pogrem ini. Ianya juga memberi galakan kepada Badan Operasi di seluruh negara untuk lebih aktif dalam melahirkan peserta-peserta anugerah Tahap Emas ARPRM seluruh negara yang lebih luas.
Melalui Pengiktirafan yang diberikan ini diharapkan agar dapat menyuntik semangat selain memberi dorongan kepada para remaja yang terlibat. Proses dan tahap cabaran yang dilalui sepanjangmelengkapkan Anugerah ini juga diharapkan dapat meningkatkan pembangunan diri yang seimbang di kalangan remaja yang dilihat mempunyai potensi yang besar untuk mengalas tanggungjawab sebagai pemimpin negara suatu hari nanti.
Sumber
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....